Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia: Presiden Paraguay percaya tahyul, jurulatih sifatkan Perancis sebagai ‘ribut petir’
  • SUKAN

Piala Dunia: Presiden Paraguay percaya tahyul, jurulatih sifatkan Perancis sebagai ‘ribut petir’

Utusan Sarawak 8 hours ago
PRESIDEN Paraguay Santiago Peña. Foto hiasan.

PHILADELPHIA/BUENOS AIRES: Presiden Paraguay Santiago Peña tidak akan menghadiri perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia membabitkan pasukan negaranya menentang Perancis, pada 5.00 pagi esok (waktu Malaysia) atas faktor kepercayaan tahyul, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Sebagai presiden, saya sentiasa menerima jemputan untuk setiap perlawanan. Namun, saya juga harus mengakui bahawa saya sebenarnya percaya sedikit kepada tahyul. Oleh sebab itu, saya lebih rela menonton perlawanan itu dari rumah sahaja,” kata Peña kepada akhbar tempatan, Hoy.

Peña sebelum ini menghadiri perlawanan pembukaan menentang pasukan penganjur bersama, Amerika Syarikat (AS), yang menyaksikan Paraguay tewas 1-4.

Beliau tidak lagi hadir ke stadium selepas perlawanan itu, dan Paraguay kemudiannya berjaya menewaskan Turki 1-0, seri 0-0 dengan Australia, sebelum melakar kejutan menumbangkan juara empat kali, Jerman 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan 32 terakhir.

Peña sebenarnya berhasrat untuk menyaksikan perlawanan menentang Jerman itu, namun ia bertembung dengan Sidang Kemuncak Mercosur yang berlangsung di ibu negara, Asunción. Beliau kemudiannya mengisytiharkan cuti umum kebangsaan susulan kejayaan bersejarah berkenaan.

Bagaimanapun, tugas mencabar menanti Paraguay apabila bakal berdepan pilihan utama kejohanan, Perancis. Jurulatih Paraguay, Gustavo Alfaro sempat membuat perbandingan dengan fenomena alam bagi menggambarkan jentera serangan Perancis yang diterajui Kylian Mbappé, Ousmane Dembélé dan Michael Olise.

“Saya anak kampung, dan setiap kali ribut petir melanda Rafaela, saya tahu saya perlu mencari tempat perlindungan tetapi bukan di bawah pokok, kerana kilat boleh menyambar di situ,” katanya.

“Perancis adalah ribut petir, dan hampir kesemua kilatnya menyambar ke bumi. Tugas kami adalah untuk melindungi diri kami daripada ribut petir ini, katanya.

“Perlawanan esok bukan seperti perlawanan biasa yang lain, ia sama sekali berbeza kerana kami akan menentang pasukan nombor satu dunia. Saya berharap Paraguay akan mengharungi lebih banyak perlawanan seperti ini pada masa hadapan,” kata jurulatih skuad yang pernah melangkah ke suku akhir pada edisi 2010 itu.

Alfaro berkata kemenangan ke atas Jerman sebelum ini telah melonjakkan moral pasukan sambil berkata: “Keyakinan adalah seperti sebaldi air, apabila anda menang, ia akan bertambah dan kemenangan ke atas Jerman itu adalah seperti mendapat sebuah tangki air tambahan.” – Bernama

Continue Reading

Previous: Mbappe buru suku akhir, Paraguay sedia cipta satu lagi kejutan
Next: Vozinha jadi sensasi Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.