Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Neurosurgeri Hospital Sibu jimat lebih RM50 juta sejak 2013
  • KESIHATAN

Neurosurgeri Hospital Sibu jimat lebih RM50 juta sejak 2013

Utusan Sarawak 7 hours ago
HANIFAH Hajar Taib (dua dari kiri) mendengar taklimat mengenai model anatomi tengkorak manusia daripada Ketua Kebangsaan Perkhidmatan Neurosurgeri Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Azmi Alias (dua dari kanan), sambil disertai delegasi pakar lain ketika melawat tapak pameran sempena Persidangan Transformasi Kecederaan Otak 6.0 (TBI 6.0) di Hotel Kingwood, Sibu, hari ini.

SIBU: Jabatan Neurosurgeri Hospital Sibu merekodkan penjimatan kumulatif melebihi RM50 juta kepada pesakit dan sistem penjagaan kesihatan negara sejak 2013 menerusi pengurangan keperluan pemindahan perubatan (MEDEVAC) ke Kuching.

Timbalan Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib, berkata pencapaian itu membuktikan perkhidmatan kepakaran boleh dibawa lebih dekat kepada masyarakat luar bandar, sekali gus mengurangkan beban kewangan, logistik dan masa yang ditanggung pesakit serta keluarga.

Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil komitmen Jabatan Neurosurgeri Hospital Sibu di bawah kepimpinan Dr Nelson Yap, yang turut memperluaskan perkhidmatan melalui klinik lawatan ke Mukah, Bintulu, Sarikei dan Kapit.

“Melalui keazaman dan inovasi yang tinggi, pasukan ini berjaya membawa perkhidmatan pakar terus kepada komuniti luar bandar,” katanya ketika merasmikan Persidangan Transformasi Kecederaan Otak 6.0 (TBI 6.0) di Hotel Kingwood, di sini, hari ini.

Hanifah berkata Hospital Sibu turut mencatat sejarah pada Oktober 2025 apabila berjaya melaksanakan pembedahan otak epilepsi lanjutan pertama di Timur Malaysia yang melibatkan prosedur stimulasi saraf vagus (Vagus Nerve Stimulation) dan anterior temporal lobectomy.

Menurut beliau, kejayaan itu membolehkan pesakit mendapatkan rawatan epilepsi lanjutan lebih dekat dengan tempat tinggal mereka tanpa perlu dirujuk ke Kuala Lumpur.

“Kepada pasukan Neurosurgeri Hospital Sibu, ini merupakan model pembangunan perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar luar bandar yang amat menginspirasikan dan wajar diberi pengiktirafan di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan cabaran geografi bukan penghalang untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia kepada rakyat.

HANIFAH Hajar Taib (tengah, barisan hadapan) bergambar kenangan bersama kenamaan, ahli jawatankuasa pengelola, penceramah dan para delegasi sempena Persidangan Transformasi Kecederaan Otak 6.0 (TBI 6.0) di Hotel Kingwood, Sibu, hari ini.

Hanifah, yang juga Ahli Parlimen Mukah, berkata Kementerian Kesihatan komited memodenkan sistem penjagaan kesihatan negara bagi memastikan akses yang saksama kepada semua rakyat, termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Kapit.

Beliau berkata Sarawak kini berada di landasan untuk menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem penjagaan kesihatan digital sepenuhnya menjelang 2026.

Kebanyakan klinik kesihatan kerajaan di negeri itu kini telah beroperasi menggunakan platform digital dan disokong inisiatif telekesihatan seperti MediRover serta MediDoc yang memanfaatkan teknologi 5G dan satelit.

Dalam perkembangan sama, Hanifah berkata kemajuan teknologi perubatan seperti awake craniotomy, rehabilitasi neurologi, terapi sel stem, eksosom, bahan nano pintar, rangsangan otak dalam (deep brain stimulation) serta peranti penyejukan otak bersasar dijangka membuka lebih banyak peluang dalam rawatan kecederaan dan penyakit otak pada masa hadapan.

Beliau turut menegaskan sistem penjagaan kesihatan yang kukuh merupakan asas penting dalam menyokong pembangunan ekonomi, menarik pelaburan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat, selaras dengan aspirasi Sarawak sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Ketua Jabatan Neurosurgeri Hospital Sibu, Dr Nelson Yap Ketua Kebangsaan Perkhidmatan Neurosurgeri Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Azmi Alias Ketua Perkhidmatan Neurosurgeri Negeri KKM, Dr Donald Liew Timbalan Pengarah Hospital Sibu, Dr Nizam Ishak Pengasas Program Sarjana Neurosurgeri Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Jafri Malin serta wakil Business Events Sarawak, Donny Tan.

Continue Reading

Previous: IJN laksana prosedur ‘transradial renal denervation’ (RDN) pertama di Asia Tenggara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.