Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Rindok Ati tawar pelbagai aktiviti sepanjang lima hari
  • Utara
  • WILAYAH

Karnival Rindok Ati tawar pelbagai aktiviti sepanjang lima hari

Utusan Sarawak 9 hours ago
BINCANG… Jawatankuasa penganjuran Karnival Rindok Ati ketika mengadakan mesyuarat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu semalam.

BEKENU: Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu akan menganjurkan Karnival Rindok Ati selama lima hari bermula 15 hingga 19 Julai ini dengan pelbagai acara menarik yang dijangka menarik kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

Ketua Gerakan Wanita Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim berkata, karnival itu akan menampilkan pelbagai pertandingan.

“Antara pertandingan ialah ngajat lelaki dan wanita, Raja dan Ratu Batik, bermukun, membuat kuih tradisional seperti lenggang dan penyaram, memasak mi segera, badminton serta melastik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pengelola berkata, pelbagai acara akan berlangsung pada waktu pagi dan malam di sekitar Dewan Masyarakat Bekenu dan Arena Subis.

Selain itu, gerai jualan turut disediakan bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan serta menjual produk masing-masing kepada pengunjung.

Menurutnya, penganjuran Karnival Rindok Ati bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat tempatan dan pengunjung dari luar kawasan, di samping memeriahkan suasana komuniti melalui aktiviti kebudayaan, sukan dan keusahawanan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Rindok Ati yang dijangka menjadi antara acara komuniti terbesar di kawasan Bekenu tahun ini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus perkasa pembangunan luar bandar di DUN Simanggang
Next: Selangau sedia lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.