Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Festival budaya, makanan perkukuh perpaduan, pacu pelancongan Sarawak
  • SEMASA

Festival budaya, makanan perkukuh perpaduan, pacu pelancongan Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat yang lain bergambar kenangan selepas perasmian majlis Seni Budaya Tarian Borneo sempena Karnival Budaya Rasa Borneo (TOBC) 2026 di Miri, semalam.

MIRI: Festival berteraskan budaya dan makanan terus menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum, selain melonjakkan industri pelancongan Sarawak sebagai destinasi bertaraf antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kepelbagaian budaya dan makanan yang dimiliki negeri ini merupakan aset bernilai yang mampu menarik lebih ramai pelancong, di samping mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran pelbagai festival makanan dan budaya di Sarawak membuktikan konsep berkenaan bukan sahaja berjaya mempromosikan warisan negeri, malah memberi impak positif kepada ekonomi tempatan dan industri pelancongan.

“Makanan dan budaya tidak pernah gagal menarik perhatian. Apabila kita memperkenalkan kedua-duanya, kita bukan sahaja mempromosikan pelancongan, malah mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya.

PILIHAN TERBAIK… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew memilih hidangan yang disajikan pada majlis Seni Budaya Tarian Borneo sempena Karnival Budaya Rasa Borneo (TOBC) 2026 di Miri, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Seni Budaya Tarian Borneo sempena Karnival Budaya Rasa Borneo (TOBC) 2026 di sini semalam.

Abdul Karim berkata, Miri mempunyai kelebihan tersendiri sebagai bandar peranginan yang kaya dengan kepelbagaian etnik, selain menjadi pintu masuk utama pelancong dari Brunei Darussalam.

Katanya, kedudukan bandar raya itu yang berhampiran dua Tapak Warisan Dunia UNESCO, iaitu Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah, menjadikan Miri lokasi strategik untuk menganjurkan festival bertaraf antarabangsa yang menggabungkan makanan, seni budaya dan warisan pelbagai etnik.

Beliau berkata, penganjuran Karnival Budaya Rasa Borneo (TOBC) 2026 turut menghimpunkan kumpulan kebudayaan dari Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia dan China, sekali gus memperkukuh jaringan persahabatan serta pertukaran budaya di peringkat serantau.

“Program seperti ini bukan sahaja mempromosikan keunikan budaya Borneo kepada dunia, malah membuka ruang kerjasama lebih erat antara negara jiran melalui seni, budaya dan pelancongan,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan Sarawak akan terus menyokong penganjuran program berasaskan budaya, makanan dan industri kreatif kerana ia bukan sahaja menghidupkan sektor pelancongan, malah memberi limpahan ekonomi kepada usahawan, penggiat seni serta komuniti setempat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hujan lebat, ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak hingga 7.00 malam
Next: 1,242 kes kehamilan luar nikah remaja di Sarawak masih membimbangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.