PM Moldova umum letak jawatan

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri Moldova Alexandru Munteanu.

BUCHAREST: Perdana Menteri Moldova Alexandru Munteanu mengumumkan peletakan jawatannya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Munteanu, yang memegang jawatan berkenaan sejak November 2025, tidak memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan itu, sebaliknya hanya menyatakan beliau tidak lagi dapat melaksanakan mandatnya “selaras dengan prinsip dan keyakinan saya”.

“Hari ini, tempoh perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri berakhir,” katanya dalam satu hantaran di laman X.

“Apabila saya menyedari bahawa saya tidak lagi mampu melaksanakan mandat ini selaras dengan prinsip serta pendirian saya, saya memilih untuk berundur. – Bernama

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU, 14 November: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berhasrat memperkenalkan program ijazah perubatan bagi memperluas penawaran akademiknya, sekali gus menyumbang kepada