Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Miri gesa semakan kuota subsidi diesel BUDI MADANI di Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Miri gesa semakan kuota subsidi diesel BUDI MADANI di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man menggesa agar kuota subsidi diesel kepada rakyat Sabah dan Sarawak disemak semula.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menggesa Kerajaan Persekutuan menyemak semula mekanisme kuota subsidi diesel di bawah skim BUDI MADANI bagi Sarawak dengan mengambil kira faktor geografi negeri itu serta keperluan sebenar rakyat yang bergantung kepada diesel untuk urusan harian.

Beliau berkata, walaupun menyokong pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang layak, mengurangkan ketirisan dan membanteras penyeludupan diesel, pelaksanaannya perlu mengambil kira keadaan di Sabah dan Sarawak yang berbeza daripada Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, beliau menerima banyak maklum balas daripada penduduk Miri yang berpandangan kuota asas 200 liter sebulan serta tambahan 100 liter kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda dan trak pikap yang layak masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian.

“Ramai rakyat di Sarawak memerlukan kuota yang lebih tinggi bagi menampung perjalanan harian, urusan kerja, keperluan keluarga serta perjalanan antara bandar, pinggir bandar dan kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chiew berkata, di Miri dan kebanyakan kawasan di Sarawak, kenderaan diesel bukan sekadar pilihan, malah menjadi keperluan untuk mencari rezeki, mengangkut barangan, menghantar anak ke sekolah, mendapatkan rawatan kesihatan serta menjalankan perniagaan kecil, terutama bagi penduduk di kawasan pedalaman yang bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda dan trak pikap.

Beliau turut berkata masih terdapat penduduk di kawasan pinggir bandar dan pedalaman yang bergantung kepada diesel untuk mengendalikan set penjana elektrik berikutan bekalan elektrik di kawasan mereka masih tidak mencukupi. Justeru, diesel menjadi keperluan penting dalam kehidupan harian mereka.

Sehubungan itu, Chiew berkata beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Kementerian Kewangan, termasuk melalui surat kepada Menteri Kewangan, bagi memohon semakan semula terhadap mekanisme kuota serta pelaksanaan skim BUDI MADANI.

Beliau turut mengalu-alukan kenyataan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bahawa kerajaan akan meneliti maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan BUDI Diesel, termasuk isu kuota dan keperluan penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Chiew berkata beliau akan terus membawa suara rakyat Miri kepada kementerian berkaitan bagi memastikan satu penyelesaian yang adil dapat dicapai. Menurutnya, subsidi perlu disasarkan dengan lebih berkesan tanpa membebankan rakyat Sarawak yang benar-benar bergantung kepada diesel.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok tangkap ular sawa batik 4.2 meter bersembunyi bawah kereta buruk
Next: Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 berlangsung 25 hingga 27 September depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.