Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Angelina Jolie dedah belum bercinta sejak bercerai dengan Brad Pitt
  • HIBURAN

Angelina Jolie dedah belum bercinta sejak bercerai dengan Brad Pitt

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGELINA Jolie berkata beliau kini memberi tumpuan kepada anak-anak dan keluarga selepas bercerai dengan Brad Pitt.

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan bahawa beliau belum menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa sejak berpisah dengan bekas suaminya, Brad Pitt pada 2016.

“Sejujurnya, saya tidak pernah bercinta sejak bercerai hampir sedekad lalu,” kata pemenang Anugerah Oscar itu kepada Yahoo Entertainment dalam satu temu bual baru-baru ini.

“Saya merasakan aspek itu bukan lagi tumpuan dalam hidup saya kerana saya lebih memberi fokus kepada anak-anak dan keluarga,” katanya.

Jolie mempunyai enam anak hasil perkahwinannya dengan Pitt. Beliau memfailkan perceraian pada 2016 selepas dua tahun berkahwin susulan satu insiden yang berlaku dalam penerbangan persendirian. Pasangan itu mula berkenalan ketika membintangi filem Mr. and Mrs. Smith pada 2005.

Anak-anak mereka ialah Maddox, 24; Pax, 22; Zahara, 21; Shiloh, 20; serta pasangan kembar Knox dan Vivienne, masing-masing berusia 17 tahun.

Selain itu mereka turut mengambil tiga angkat iaitu Maddox, Pax dan Zahara.

Bekas pasangan itu terlibat dalam pertikaian mahkamah selama lapan tahun sebelum perceraian mereka dimuktamadkan pada Disember 2024.

Dalam filem terbaharunya, Couture, Jolie melakonkan watak Maxine, seorang pembikin filem dari Amerika Syarikat yang menghadiri Minggu Fesyen Paris. Wataknya juga merupakan seorang ibu yang menjalin hubungan cinta dengan Anton, lakonan Louis Garrel, sebelum menerima berita mengejutkan mengenai keadaan kesihatannya ketika berada di Perancis.

Jolie berkata watak itu memberikan perspektif baharu mengenai kehidupan seorang wanita.

“Saya mengambil sedikit masa untuk menyedari bahawa seseorang wanita masih boleh menyayangi dan mengabdikan diri kepada anak perempuannya, namun pada masa sama tetap mempunyai keperluan sebagai seorang wanita serta menerima kasih sayang itu,” katanya.

Sebelum berkahwin dengan Pitt, Jolie pernah menjalinkan hubungan dengan Billy Bob Thornton dan Jonny Lee Miller.

Awal bulan ini, pelakon dan pengarah itu turut memberitahu Variety bahawa kerjayanya berubah arah selepas perkahwinannya berakhir.

“Sebenarnya saya hampir berhenti berlakon sebelum bercerai. Saya mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerja pengarahan dan projek antarabangsa,” katanya.

“Namun, satu-satunya cara untuk lebih kerap berada di rumah bersama keluarga dan memperoleh pendapatan yang baik ialah kembali berlakon,” katanya.

Jolie berkata beliau kini kembali bersemangat untuk meneruskan kerjayanya.

“Saya rasa semangat juang saya akhirnya kembali. Saya kehilangannya buat seketika dan berasa sedikit tersungkur, tetapi kini ia kembali, sebahagian besarnya berkat dorongan anak-anak saya yang semakin dewasa,” kata bintang filem Salt itu. – AGENSI

Continue Reading

Previous: G-Dragon dilantik duta kehormat sesi jawatankuasa warisan dunia UNESCO
Next: Taylor Swift, Travis Kelce sumbang AS$26 juta kepada badan amal menjelang perkahwinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.