Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mesir gusar tahap kecergasan Salah menjelang aksi Piala Dunia menentang Australia
  • SUKAN

Mesir gusar tahap kecergasan Salah menjelang aksi Piala Dunia menentang Australia

Utusan Sarawak 7 hours ago

Mohamed Salah mengawal bola ketika sesi latihan Mesir menjelang aksi pusingan 32 terbaik 2026 FIFA World Cup menentang Australia. — Foto AFP

ARLINGTON: Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan, membayangkan bintang utama pasukannya, Mohamed Salah, mungkin tidak diturunkan dalam kesebelasan utama ketika aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Australia, 2 pagi esok (waktu Malaysia) di Texas susulan masalah kecederaan hamstring.

Salah menyertai latihan bersama rakan sepasukan di Dallas semalam, namun hanya menjalani sesi latihan ringan yang dibenarkan disaksikan pihak media.

Bekas bintang Liverpool berusia 34 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-57 ketika Mesir seri 1-1 dengan Iran dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, seminggu lalu.

Penyerang itu kemudian meletakkan pek ais pada bahagian bawah paha kirinya, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai penyertaannya menentang skuad Socceroos.

“Kami hanya memperkenalkannya kepada latihan separa semalam,” kata Hassan pada Khamis, sehari sebelum perlawanan yang berlangsung di gelanggang rasmi pasukan Dallas Cowboys.

“Dia sangat berharap dapat menyumbang kepada pasukan esok.

“Namun, saya tidak akan mengambil sebarang risiko melainkan saya benar-benar yakin dia cergas sepenuhnya dan bersedia untuk beraksi.

“Saya masih tidak pasti sama ada dia akan berada dalam kesebelasan utama.”

Mesir berpeluang melakar satu lagi sejarah di Texas.

Mereka mencatat kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan Piala Dunia apabila menewaskan New Zealand 3-1 pada aksi peringkat kumpulan.

Hassan berkata beliau berwaspada terhadap kelebihan fizikal dan kepantasan Australia kendalian Tony Popovic, khususnya dalam situasi bola mati.

Baik Australia mahupun Mesir belum pernah memenangi perlawanan kalah mati di Piala Dunia.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang bakal ditempuhi,” kata Hassan.

“Kami telah bekerja keras selama lebih dua tahun untuk membentuk corak permainan dan identiti pasukan.

“Ia bukan bergantung kepada seorang pemain sahaja, sebaliknya kekuatan secara berpasukan, dan kami mahu membuktikannya esok.

“Kami mahu menghadiahkan kegembiraan kepada rakyat kami, benua Afrika dan dunia Arab.”

Sebagai kuasa besar bola sepak Afrika dengan rekod tujuh gelaran benua, Mesir bagaimanapun masih bergelut untuk mencipta impak di pentas global dalam tiga penampilan terdahulu di Piala Dunia. — AFP

Continue Reading

Previous: Portugal mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia hasil jaringan Ramos
Next: Messi ibarat perlawanan hidup mati, kata jurulatih Cape Verde

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.