Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangkang dulu perkecil usaha GPS kini ‘terliur’ lihat kejayaan projek mega Sarawak
  • TEMPATAN

Pembangkang dulu perkecil usaha GPS kini ‘terliur’ lihat kejayaan projek mega Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah ketika ditemui media pada Majlis Upacara Penyambungan Akhir Struktur Jambatan Batang Lupar 2.

SIMANGGANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur mega di Sarawak membuktikan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sekadar menabur janji, sebaliknya berjaya merealisasikan pembangunan yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

Menurut beliau, pihak pembangkang yang suatu ketika dahulu mempersendakan usaha kerajaan kini tidak lagi mampu menafikan kejayaan projek-projek strategik yang sedang dilaksanakan, termasuk Jambatan Batang Lupar 2 yang kini berada di peringkat akhir pembinaan.

“Dulu, pembangkang kata Premier Sarawak cakap air liur sahaja. Sekarang, mereka yang terliur. Seperti kata orang Iban, nitik air liurnya. 

“Lihat apa yang terjadi dan kami (GPS) melihatnya dengan bangga,” katanya ketika berucap pada Majlis Upacara Penyambungan Akhir Struktur Jambatan Batang Lupar 2 di sini, hari ini.

Uggah berkata, pencapaian itu menjadi kebanggaan seluruh rakyat Sarawak kerana ia memperlihatkan keupayaan kerajaan negeri merealisasikan projek berimpak tinggi yang mampu memperkukuh kesalinghubungan, merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Beliau berkata kejayaan tersebut turut mencerminkan visi dan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang sentiasa mengutamakan pembangunan infrastruktur sebagai pemacu utama kemajuan negeri.

DATUK Amar Douglas Uggah melawat Jambatan Lupar 2 yang dijangka akan siap pada Ogos depan. Foto JKR Sarawak

Katanya, keupayaan kerajaan negeri mendapatkan sumber kewangan alternatif membolehkan agenda pembangunan diteruskan secara konsisten tanpa menjejaskan pelaksanaan projek-projek strategik.

Menurut beliau, pembinaan jalan raya dan jambatan baharu bukan sahaja menghubungkan kawasan luar bandar dengan lebih baik, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Beliau menegaskan, pencapaian itu membuktikan kerajaan GPS melaksanakan segala perancangan yang diumumkan dan bukan sekadar membuat janji kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sarawak supaya menilai prestasi kerajaan berdasarkan hasil pembangunan yang dapat dilihat dan dinikmati, bukannya dipengaruhi dakwaan atau tohmahan pihak tertentu.

Katanya, pendekatan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih seimbang dan mampan di seluruh Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Lupar 2 dijangka dibuka Ogos ini, perkukuh hubungan Sri Aman-Betong
Next: Sarawak sambut baik hasrat tambah bayaran interim khas, faham kekangan kewangan Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.