Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SUHAKAM cadang kerjasama perkasa agenda hak asasi manusia di Sarawak
  • SEMASA

SUHAKAM cadang kerjasama perkasa agenda hak asasi manusia di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
DELEGASI SUHAKAM mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik dalam memperkasa agenda hak asasi manusia di negeri ini. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak

PETRA JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencadangkan pelbagai bentuk kerjasama strategik dengan kerajaan Sarawak bagi memperkukuh agenda pemerkasaan hak asasi manusia menerusi pelaksanaan program yang lebih menyeluruh di negeri ini.

Cadangan itu dikemukakan semasa kunjungan hormat delegasi SUHAKAM ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Dalam sidang media selepas kunjungan tersebut, wakil SUHAKAM berkata pihaknya menghargai kesudian Premier Sarawak menerima kunjungan berkenaan selain memberi ruang untuk membincangkan pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan secara bersama.

Menurutnya, antara perkara yang diberi perhatian ialah usaha memperkukuh perlindungan hak kanak-kanak meliputi aspek keselamatan, kebajikan dan perlindungan daripada pelbagai cabaran sosial termasuk penyalahgunaan bahan serta keganasan rumah tangga.

Katanya, pendekatan bersepadu melibatkan kerajaan dan agensi berkaitan amat penting bagi memastikan kesejahteraan golongan itu terus terpelihara.

Selain itu, SUHAKAM turut mencadangkan pelaksanaan program literasi hak warga emas sebagai persediaan menghadapi perubahan demografi apabila Sarawak dijangka menjadi negeri tua menjelang 2028.

KUNJUNGAN hormat delegasi SUHAKAM ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memberi fokus kepada usaha memperkasa perlindungan hak kanak-kanak, warga emas serta pendidikan hak asasi manusia di Sarawak. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak serta tanggungjawab warga emas berdasarkan piawaian antarabangsa termasuk garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam pada itu, SUHAKAM turut mencadangkan program pembangunan kapasiti melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa dan perkhidmatan awam seperti polis, imigresen, kesihatan, penjara serta jabatan kebajikan bagi memperkukuh keupayaan mengendalikan kes melibatkan kumpulan rentan, khususnya kanak-kanak.

Cadangan lain termasuk memperluas pendidikan hak asasi manusia di sekolah bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai hak dan tanggungjawab sebagai warganegara di samping menyemai nilai hormat, keadilan dan kesejahteraan sosial sejak usia muda.

SUHAKAM juga mencadangkan pengukuhan program libat urus bersama golongan belia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta penjawat awam bagi meningkatkan pemahaman terhadap pelbagai instrumen hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Antaranya ialah Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) serta konvensyen berkaitan hak golongan berkeperluan khas.

Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk meneroka kerjasama yang lebih menyeluruh melalui pelaksanaan program bersepadu melibatkan kerajaan negeri, agensi pelaksana dan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh perlindungan hak asasi manusia serta kesejahteraan rakyat di Sarawak.

Continue Reading

Previous: Kho gesa Kerajaan Persekutuan pantau pelaksanaan BUDI MADANI di Sabah, Sarawak
Next: SPRM sokong usaha Sarawak perkukuh agenda integriti, antirasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.