Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lambat lagi untuk pesaing Musk dalam kekayaan trillion dolar muncul – Pakar AS
  • GLOBAL

Lambat lagi untuk pesaing Musk dalam kekayaan trillion dolar muncul – Pakar AS

Utusan Sarawak 10 hours ago
MUSK kekal individu pertama bergelar hartawan trilion dolar, pakar AS jangka pesaing masih jauh.

WASHINGTON: Dunia mungkin tidak dapat menyaksikan individu dengan kekayaan trilion dolar yang baharu dalam masa terdekat selepas Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk menjadi orang pertama melepasi ambang nilai bersih peribadi AS$1 trilion.

Demikian menurut Jay Ritter, profesor kewangan di Kolej Perniagaan Warrington University of Florida.

“Kita mungkin perlu menunggu untuk masa yang sangat lama sebelum individu lain memiliki kekayaan trilion dolar,” kata Ritter kepada RIA Novosti.

 Beliau juga menyatakan belum ada data menunjukkan bahawa terdapat individu lain di dunia mempunyai kekayaan yang ketara melebihi AS$300 bilion, dengan tujuh orang terkaya teratas dalam penarafan media ialah pengasas syarikat teknologi Amerika Syarikat.

“Ramai daripada mereka ini merancang untuk mendermakan sebahagian atau sebahagian besar daripada kekayaan mereka kepada badan amal. Bill Gates, pengasas bersama Microsoft, telah pun menyumbang sebahagian besar kekayaannya, itulah sebabnya beliau tidak berada dalam kalangan tujuh teratas,” kata pakar itu.

Apabila ranking seperti itu dibangunkan, hanya nilai pasaran saham yang dimiliki oleh individu dengan kekayaan berbilion dolar diambil kira, dan bukan kewajipan cukai. Jika pengasas Amazon Jeff Bezos menjual semua sahamnya, beliau perlu membayar cukai yang akan menjejaskan kekayaannya, kata Ritter.

Musk menjadi hartawan trilion pertama dunia dalam sejarah selepas roket SpaceX dan syarikat kecerdasan buatan (AI) miliknya menjadi syarikat awam pada 12 Jun.

Berdasarkan data Indeks Billionaires Bloomberg pada Rabu, Musk kekal sebagai orang terkaya di dunia, dengan kekayaannya meningkat sebanyak AS$391 bilion tahun ini kepada AS$1.01 trilion.

Pengasas bersama Google Larry Page dan Sergey Brin menduduki tempat kedua dan ketiga, dengan kekayaan mereka masing-masing meningkat sebanyak AS$32.2 bilion kepada AS$301 bilion dan AS$29.9 bilion kepada AS$280 bilion.

Pengasas Amazon Jeff Bezos berada di tempat keempat dengan AS$262 bilion, meningkat AS$8.42 bilion manakala Pengasas Dell Technologies Michael Dell melengkapkan lima teratas dengan AS$217 bilion, melonjak AS$77.1 bilion.

Pengasas bersama Oracle Larry Ellison, yang menduduki tempat kelima bulan lepas, jatuh ke tangga keenam selepas kekayaannya jatuh sebanyak AS$44.9 bilion kepada AS$202 bilion.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 34 cedera dalam kebakaran hospital di utara Jerman
Next: Kanak-kanak 11 tahun langgar perarakan Buddha di Thailand, lapan sami maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.