Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Portugal, Croatia berdepan cuaca panas melampau
  • SUKAN

Portugal, Croatia berdepan cuaca panas melampau

Utusan Sarawak 12 hours ago
CRISTIANO Ronaldo dan Vitinha ketika sesi latihan Portugal menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Croatia di Centennial Park, Toronto. Foto AFP

TORONTO: Portugal dan Croatia enggan menjadikan cuaca panas melampau sebagai alasan menjelang pertembungan pusingan 32 terbaik Piala Dunia di Toronto, pada 7.00 pagi esok (waktu Malaysia).

Kementerian Alam Sekitar Kanada mengeluarkan amaran suhu di bandar itu boleh mencecah 35 darjah Celsius, namun dengan tahap kelembapan yang tinggi, suhu dirasai dijangka mencecah 44 darjah Celsius.

Bagaimanapun, pemain tengah Portugal, Vitinha menegaskan pasukannya tidak mahu menggunakan faktor cuaca sebagai alasan.

“Saya tidak suka bercakap mengenainya atau menjadikannya alasan,” katanya kepada media.

Menurut Environment Canada, suhu dijangka menurun sedikit ketika sepak mula pada 7.00 malam waktu tempatan (7.00 pagi waktu Malaysia), namun terdapat risiko ribut petir yang boleh menjejaskan perlawanan.

Portugal memulakan kempen Piala Dunia dengan aksi kurang meyakinkan, namun Vitinha berkata dia menerima segala kritikan terhadap persembahan pasukan dengan hati terbuka.

Portugal berdepan laluan lebih sukar selepas gagal menewaskan Republik Demokratik Congo dan Colombia, manakala kemenangan besar ke atas Uzbekistan menjadi satu-satunya kemenangan mereka di peringkat kumpulan.

“Kami tahu hampir tiada ruang untuk melakukan kesilapan. Saya harap kami dapat mempamerkan persembahan berpasukan yang lebih baik,” katanya.

Pertembungan dua gergasi Eropah itu dijangka menjadi penampilan terakhir di pentas Piala Dunia buat sama ada Cristiano Ronaldo atau Luka Modric, yang pernah bergandingan sebagai rakan sepasukan di Real Madrid.

Vitinha berkata Portugal mempunyai pelbagai motivasi untuk memburu kemenangan, termasuk memastikan Ronaldo terus beraksi di kejohanan itu.

Beliau turut menyifatkan Modric sebagai antara pemain yang menjadi inspirasi buat ramai pemain bola sepak, termasuk dirinya.

“Adalah satu penghormatan dapat berdepan dengannya dan saya harap esok dia akan lebih kecewa daripada saya.

“Kami perlu menewaskan satu pasukan dan saya harap pasukan itu adalah pasukan Luka Modric,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menjangkakan perlawanan itu akan banyak ditentukan oleh penguasaan di bahagian tengah.

“Kami perlu mengurangkan kesilapan ke tahap minimum kerana mereka akan menghukum kami seperti dilakukan England. Kami juga perlu meningkatkan tahap disiplin dan tanggungjawab di bahagian tengah,” katanya merujuk kekalahan 2-4 kepada England dalam aksi pembukaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Ronaldo dan Modric berdepan masa, aksi terakhir di pentas Piala Dunia
Next: Tuchel gesa penyokong England berjaga, utamakan Piala Dunia berbanding sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.