
BERLIN: Sekurang-kurangnya 34 orang cedera dalam kebakaran yang tercetus di struktur bumbung sebuah hospital di bandar Ludwigslust, utara Jerman awal pagi Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam pada itu, seorang daripada mangsa sedang menerima bantuan pernafasan kecemasan (CPR), kata pihak polis.

Pesakit dan kakitangan hospital sedang dipindahkan dari bangunan itu.
Menurut polis, struktur bumbung berkenaan mula terbakar pada 4.28 pagi waktu tempatan (0228 GMT).
Pihak berkuasa berkata operasi di lokasi kejadian masih berlangsung dan jumlah sebenar individu yang dipindahkan masih belum dapat dipastikan.
Polis juga belum dapat memberikan maklumat mengenai tahap kecederaan yang dialami mangsa. – Bernama-dpa