Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sony henti keluarkan permainan baharu PlayStation dalam cakera mulai 2028
  • TEKNOLOGI

Sony henti keluarkan permainan baharu PlayStation dalam cakera mulai 2028

Utusan Sarawak 11 hours ago
SONY henti keluarkan permainan baharu PlayStation dalam cakera mulai 2028.

TOKYO: Sony akan menghentikan pengeluaran permainan baharu untuk konsol PlayStation dalam bentuk cakera fizikal mulai 2028, selaras dengan usaha syarikat itu mempercepatkan peralihan kepada pengedaran digital, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sony berkata mulai 2028, semua judul permainan baharu PlayStation hanya akan ditawarkan dalam format digital. 

Syarikat itu memaklumkan permintaan pengguna terhadap pembelian digital semakin meningkat, dengan kira-kira 80 peratus permainan PlayStation 5 kini dibeli secara digital.

Bagaimanapun, sebahagian pemain masih memilih cakera fizikal kerana ia boleh dijual semula atau dijadikan koleksi.

Sony berkata permainan yang diterbitkan sebelum 2028 serta judul sedia ada akan terus ditawarkan dalam format semasa.

Langkah itu mencerminkan trend industri yang semakin beralih daripada media fizikal kepada pengedaran digital. 

Sebagai contoh, permainan “Grand Theft Auto” yang dinanti-nantikan itu juga hanya akan diterbitkan dalam format digital

Malah, edisi yang dijual di pasaran hanya mengandungi kod muat turun dan bukannya cakera permainan.

Sony turut mengumumkan bahawa kedai muat turun bagi PlayStation 3 dan PlayStation Vita akan ditutup menjelang pertengahan tahun depan. 

Keputusan itu turut menunjukkan bahawa permainan digital boleh menjadi tidak lagi tersedia apabila penerbit atau pengendali platform menamatkan perkhidmatan dalam talian.

Sementara itu, pesaingnya Nintendo menggunakan pendekatan hibrid bagi beberapa judul untuk konsol Switch 2. 

Bagi permainan tertentu, kartrij yang dijual tidak mengandungi permainan itu sendiri, sebaliknya hanya memuatkan kunci lesen digital yang membolehkan pengguna memuat turun permainan berkenaan. 

Berbeza dengan pembelian digital sepenuhnya, permainan yang diperoleh melalui sistem itu masih boleh dipindahkan kepada pengguna lain. – Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kolaborasi USAS dan Prompters Malaya buka lembaran baharu industri AI kreatif negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.