Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua kali kandas, jurulatih Mexico Aguirre lega lepasi pusingan 32 Piala Dunia
  • SUKAN

Dua kali kandas, jurulatih Mexico Aguirre lega lepasi pusingan 32 Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA jurulatih Mexico, Javier Aguirre, memberi isyarat semasa perlawanan pusingan 32 Piala Dunia 2026 antara Mexico dan Ecuador di Stadium Mexico City, Mexico City, pada 30 Jun 2026. Foto AFP

MEXICO CITY: Mara ke pusingan 16 Piala Dunia membawa makna istimewa setelah melepasi aral yang menghalangnya ketika mengemudi pasukan itu sebelum ini, kata pengurus pasukan Mexico, Javier Aguirre, lapor Xinhua.

Kemenangan 2-0 ke atas Ecuador pada Selasa menandakan kemenangan pertama Mexico di peringkat kalah mati Piala Dunia sejak kali terakhir menganjurkan kejohanan itu pada 1986, ketika Aguirre masih seorang pemain.

Aguirre, 67, mengendalikan pasukan Mexico yang tersingkir pada pusingan kalah mati pada Piala Dunia 2002 dan 2010.

“Ia amat bermakna bagi saya,” kata Aguirre. “Saya tidak pernah dapat bermain perlawanan kelima itu. Ia berlaku di Korea Selatan dan Jepun (pada 2002) dan di Afrika Selatan (pada 2010). Kami mempunyai peringkat kumpulan yang baik tetapi kami tidak dapat bergerak ke hadapan.”

Aguirre memuji perpaduan pemainnya selepas gol separuh masa pertama daripada Julian Quinones dan Raul Jimenez mengesahkan kemenangan keempat berturut-turut Mexico dalam kejohanan itu tanpa bolos.

“Saya boleh beritahu anda bahawa pasukan ini layak menerima apa yang berlaku,” katanya. “Terdapat hubungan istimewa dengan peminat dan keistimewaan bermain Piala Dunia di tempat sendiri.”

“Hari ini kami adalah antara 16 pasukan terakhir dan kami telah bersama untuk masa yang lama. Kami sangat gembira dan sangat fokus. Kami keluarga sejati, dan itu sukar ditemui dalam bola sepak. Pemain, kakitangan kejurulatihan dan semua orang bekerja di belakang tabir. Terdapat perpaduan yang kuat.”

Lawan Mexico seterusnya ialah pemenang pada pusingan 32 perlawanan pada Rabu antara England dan Republik Demokratik Congo.

Aguirre menegaskan kedua-dua pasukan itu tidak boleh dipandang ringan, menggariskan kepentingan rehat dan persediaan.

“Kami akan menonton perlawanan (antara England dan DR Congo) dan pulih sebaik mungkin antara sekarang dan Ahad,” katanya.

“Kami akan mengekalkan semangat kami sepanjang minggu dan melakukan yang terbaik untuk bermain satu lagi perlawanan yang bagus.”- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Mexico tamatkan penantian 40 tahun, singkir Ecuador di Piala Dunia
Next: England waspada ancaman Congo, AS sedia hadapi detik terbesar Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.