Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat tinjau projek pembangunan di Long Panai
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat tinjau projek pembangunan di Long Panai

Utusan Sarawak 5 hours ago
TURUN PADANG…Datuk Gerawat melawat beberapa projek pembangunan di Long Panai termasuk projek naik taraf gereja BEM.

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, turun padang memantau pelaksanaan beberapa projek pembangunan yang menjadi komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan kemajuan turut dinikmati masyarakat di kawasan pedalaman, hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Dato Georgina Apphia Ngau.

Antara fokus utama lawatan ialah sesi dialog berkaitan projek jalan Marudi–Mulu–Long Panai–Long Lama (MMMLL) bagi jajaran Long Panai yang diadakan oleh Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu (RECODA).

Projek strategik ini, menurut beliau, membuktikan kesungguhan dan iltizam kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, untuk membangunkan kawasan luar bandar secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.

Katanya, apabila siap, jalan ini bukan sahaja akan menghubungkan penempatan di pedalaman dengan lebih selamat dan selesa, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan sektor pelancongan, peningkatan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menegaskan bahawa projek ini merupakan pelaburan jangka panjang kerajaan Sarawak bagi meningkatkan taraf hidup rakyat serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

DATUK Gerawat Gala bersama rombongan disambut mesra penduduk Long Panai dalam lawatan beliau semasa mengadakan lawatan kerja di kampung tersebut.

Beliau turut menyeru penduduk Long Panai agar terus memberikan kerjasama dan sokongan terhadap pelaksanaan projek ini.

Tegasnya, pembangunan tidak dapat direalisasikan tanpa persefahaman dan sokongan masyarakat.

Gerawat berharap projek MMMLL ini dapat dilaksanakan dengan lancar demi masa depan generasi akan datang, di mana manfaatnya bukan sahaja dinikmati oleh generasi hari ini, malah diwarisi oleh generasi seterusnya.

Dalam lawatan yang sama, Datuk Gerawat dan rombongan turut meninjau cadangan pembinaan Tangki Penuaian Air Hujan (RWHT) di bawah Lembaga Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).

Beliau berkata, projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemudahan asas yang lebih baik kepada penduduk pedalaman, khususnya dalam memastikan bekalan air yang lebih stabil, bersih dan mampan.

Lawatan turut diteruskan ke projek naik taraf Gereja Misi Evangelikal Borneo (BEM) Long Panai yang dilaksanakan di bawah peruntukan UNIFOR sebanyak RM400,000.

Gerawat merakamkan penghargaan kepada UNIFOR atas komitmen berterusan dalam membantu pembangunan rumah ibadat di seluruh Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh perpaduan, keharmonian dan kebebasan beragama.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPP siasat 13 lampu jalan LED tidak berfungsi di Padawan
Next: Pustaka Negeri Sarawak anjur Juh Nambah Ilmu dan Hari Bersama Pelanggan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.