Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan separuh kedua 2026 dengan prestasi memberangsangkan, dipacu oleh keuntungan semalaman lebih kukuh di Wall Street dan sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kemajuan dalam rundingan damai AS-Iran yang meningkatkan keyakinan pelabur.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.59 mata kepada 1,664.65 daripada 1,664.06 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.29 mata kepada 1,665.35.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 238 berbanding 111 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,968 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 190.88 juta saham bernilai RM103.19 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup lebih tinggi secara amnya, diterajui terutamanya oleh saham teknologi.

Rakuten Trade Sdn Bhd vice-president of equity research Thong Pak Leng said Wall Street ended broadly higher, led predominantly by technology stocks.

Mengenai pasaran tempatan, beliau memberitahu Bernama bahawa aktiviti belian semasa harga rendah membantu FBM KLCI pulih daripada paras terendah dalam sehari semalam, walaupun sentimen pasaran keseluruhan kekal lemah.

Beliau menjangkakan indeks penanda aras akan turun naik dalam lingkungan 1,660 hingga 1,670 hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan IHH tidak berubah masing-masing pada RM10.78, RM4.80 dan RM8.40, manakala Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM14.20 dan CIMB menambah empat sen kepada RM7.45.

Bagi saham aktif, Tanco and Pegasus tidak berubah pada 17.5 sen dan setengah sen, manakala Dagang Nexchange menokok dua sen kepada 43.5 sen, Nationgate melonjak 2.5 sen kepada 91.5 sen, manakala Salutica turun satu sen kepada sembilan sen.

Bagi saham paling untung, Malaysian Pacific Industries naik 70 sen kepada RM50.36, Critical Holdings meningkat 32 sen kepada RM1.41, Vitrox menambah 23 sen kepada RM7.99, KESM menokok 17 sen kepada RM4.20, dan UWC melonjak 14 sen kepada RM6.77.

Antara saham paling rugi, Kawan Renergy menguncup lapan sen kepada 43 sen, Gamuda susut tujuh sen kepada RM4.30, Sealink dan Tradeplus merosot enam sen masing-masing kepada 28 sen dan RM5.04, manakala Kluang Rubber turun empat sen kepada RM5.86.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.80 mata kepada 12,402.91, Indeks FBM Top 100 naik 15.36 mata kepada 12,230.40, Indeks FBM Emas Shariah menokok 11.11 mata kepada 12,294.96, Indeks FBM Mid 70 menambah 69.20 mata kepada 17,986.67, dan Indeks FBM ACE naik 17.48 mata kepada 4,840.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 29.48 mata kepada 19,640.14, Indeks Tenaga menokok 1.92 mata kepada 753.56, Indeks Perladangan susut 16.02 mata kepada 8,838.74 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.37 mata kepada 181.00. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nilai yen terus susut, lepasi 162 berbanding dolar AS
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan data keyakinan pengguna AS yang lemah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.