Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MetMalaysia nafi tawaran perolehan kerja, perkhidmatan melalui media sosial
  • NASIONAL

MetMalaysia nafi tawaran perolehan kerja, perkhidmatan melalui media sosial

Utusan Sarawak 3 hours ago
METMALAYSIA menafikan dakwaan mengeluarkan sebarang permohonan atau tawaran berkaitan perolehan kerja, pembekalan mahupun perkhidmatan melalui aplikasi media sosial. – Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan mengeluarkan sebarang permohonan atau tawaran berkaitan perolehan kerja, pembekalan mahupun perkhidmatan melalui aplikasi media sosial.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu selepas menerima aduan mengenai individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai jabatan berkenaan untuk menawarkan urusan perolehan yang tidak wujud.

“Jabatan tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan atau tawaran seumpama itu melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp atau Telegram, mahupun melalui e-mel selain daripada e-mel rasmi jabatan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan menyarankan orang ramai yang menjadi mangsa atau menerima permohonan mencurigakan agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Semua urusan perolehan MetMalaysia dilaksanakan secara rasmi hanya melalui Sistem ePerolehan mengikut tatacara dan peraturan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa.

“Orang ramai, syarikat dan pembekal dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta membuat semakan terlebih dahulu terhadap kesahihan sebarang tawaran atau permohonan yang dikaitkan dengan MetMalaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Langkah mansuh caj RM1 pengeluaran tunai antara bank ringankan beban rakyat – Amir Hamzah
Next: BUDI Diesel bermula esok, 700,000 pemilik kenderaan nikmati diesel RM2.10 seliter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.