Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RUU SIP: Denda majikan dipinda secara progresif
  • SEMASA

RUU SIP: Denda majikan dipinda secara progresif

Utusan Sarawak 6 hours ago
KHAIRUL Firdaus ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR:  Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 dibentangkan semula di Dewan Rakyat hari ini bagi menimbang pindaan kadar denda progresif yang dibuat Dewan Negara sebelum ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata usul pertimbangan itu dikemukakan selepas mengambil kira rintihan serta maklum balas golongan pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata RUU diluluskan Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025 mencadangkan penalti maksimum RM10,000 terhadap majikan yang gagal melaporkan kekosongan jawatan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 45F Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Bagaimanapun, kadar tersebut didapati terlalu tinggi bagi kesalahan pentadbiran kali pertama dan dikhuatiri memberi implikasi kewangan yang besar kepada majikan.

“Jemaah Menteri pada 27 Februari lepas bersetuju supaya RUU ini dipinda bagi memperkenalkan kadar denda yang lebih bersifat progresif berdasarkan kekerapan kesalahan dilakukan majikan. 

“Susulan itu, Dewan Negara pada 12 Mac lepas telah meluluskan RUU ini dengan pindaan terhadap Fasal 11 melibatkan subseksyen 45F(4),” katanya ketika membentangkan usul pertimbangan itu.

Di bawah struktur denda baharu yang dipinda Dewan Negara, majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan pertama, RM3,000 bagi kesalahan kedua dan tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

Penalti itu membabitkan kegagalan majikan memberitahu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara bertulis mengenai kekosongan atau jawatan baharu sebelum proses pengambilan pekerja dibuat.

Khairul Firdaus berkata pendekatan seimbang itu mampu menggalakkan pematuhan secara sukarela tanpa membebankan komuniti peniaga secara berlebihan.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa pindaan teknikal tersebut langsung tidak menjejaskan matlamat asal undang-undang terbabit dalam memperkukuh pelaporan pasaran buruh negara.

“Pindaan ini tidak menjejaskan tujuan asal peruntukan untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pekerjaan, serta memastikan maklumat pasaran buruh yang lebih tepat dan komprehensif dapat disediakan,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hujan lebat, ribut petir di 13 negeri termasuk Sarawak hingga 7.00 malam ini
Next: Tambah 17 kerusi DUN: Sarawak cuma mahu pengesahan Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.