Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar lancar pasport Malaysia antarabangsa versi baharu
  • NASIONAL

PM Anwar lancar pasport Malaysia antarabangsa versi baharu

Utusan Sarawak 6 hours ago
KAKITANGAN Bahagian Keselamatan dan Pasport Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Norshahida Zolkifly menunjukkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lobi Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.

Pada majlis diadakan di Lobi Parlimen itu, Anwar turut menerima PMA daripada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban sebagai gimik pelancaran.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan pengenalan PMA struktur baharu itu merupakan satu langkah transformasi penting dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara, di samping memberikan lebih kemudahan dan nilai tambah kepada rakyat.

Susulan pengenalan PMA, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mempunyai pilihan untuk memohon dokumen perjalanan baharu itu bermula 1 Julai ini dengan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun mengikut keperluan pemohon.

Menurut KDN, pengenalan pasport 10 tahun itu dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

“Kadar bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun adalah sebanyak RM350 manakala untuk tempoh sah laku lima tahun kekal RM200 dan pengenalan tempoh sah laku 10 tahun memberi penjimatan sebanyak RM50 kepada pemohon,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan bagi memastikan peralihan operasi berjalan dengan lancar, pelaksanan PMA struktur baharu akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh negara mulai Julai ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa menukar pasport sedia ada sekiranya dokumen tersebut masih sah laku dan pasport sedia masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tempoh tamat.

Pada awal tahun ini, Saifuddin Nasution mengumumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu demi memperkasakan aspek keselamatan data negara.

PMA berada di tangga ketiga pada 2025 sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia berdasarkan Ranking Pasport Index. -Bernama

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia boleh mohon pasport versi baharu mulai esok
Next: Langkah mansuh caj RM1 pengeluaran tunai antara bank ringankan beban rakyat – Amir Hamzah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.