Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemajuan Sri Aman bukti komitmen kerajaan Sarawak perkasa pembangunan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kemajuan Sri Aman bukti komitmen kerajaan Sarawak perkasa pembangunan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Francis Harsen Hollis ketika merasmikan Majlis Gawai Ngiling Tikai di Rumah Robert Suyong, Kampung Nanga Pruan, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pembangunan di Sri Aman secara keseluruhannya, termasuk Bandar Simanggang, kini berada pada tahap yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini hasil usaha berterusan wakil rakyat dalam mendapatkan peruntukan demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan membuktikan komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan kemudahan dan infrastruktur terus dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Beliau berkata, kemajuan yang dikecapi hari ini bukan berlaku dalam tempoh singkat, sebaliknya merupakan hasil perancangan serta kerja keras wakil rakyat yang sentiasa memperjuangkan pembangunan di kawasan masing-masing.

DATUK Francis Harsen Hollis ketika merasmikan Majlis Gawai Ngiling Tikai di Rumah Robert Suyong, Kampung Nanga Pruan, semalam. Foto: ADUN Simanggang

Menurutnya, setiap peruntukan yang disalurkan kerajaan dimanfaatkan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk melalui pelaksanaan projek kemudahan awam, pembangunan komuniti dan inisiatif yang memberi impak langsung kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Gawai Ngiling Tikai di Rumah Robert Suyong, Kampung Nanga Pruan, dekat sini semalam.

Program itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nanga Pruan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Lingga dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang sebagai salah satu aktiviti bagi mengeratkan hubungan sesama ahli parti serta penduduk kampung.

Katanya, majlis berkenaan turut menjadi platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan Sarawak serta pelbagai kemudahan yang disediakan khusus kepada anak Sarawak yang memiliki Kad Pengenalan berstatus ‘K’.

Harden berkata, penyampaian maklumat yang tepat kepada rakyat penting bagi memastikan masyarakat memahami pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya bijak menilai setiap dakwaan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu, terutama apabila menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

Menurutnya, terdapat segelintir individu yang sering mencari kelemahan dan membangkitkan pelbagai isu semata-mata untuk meraih perhatian serta menonjolkan diri, walaupun hakikatnya banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan di Sri Aman.

Pada majlis sama, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada JKKK Nanga Pruan bagi pembelian kelengkapan pasang siap untuk kegunaan penduduk semasa penganjuran majlis atau aktiviti komuniti tanpa perlu menyewa daripada pihak lain.

Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama dan sokongan terhadap usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan demi kemajuan Sri Aman pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tan Kai beri amaran: Jelaskan cukai taksiran atau hartanah berdepan kaveat
Next: Penderma darah di Hospital Miri berpeluang terima cenderahati eksklusif sepanjang Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.