Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak kukuhkan grid air selatan hadapi lonjakan permintaan
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak kukuhkan grid air selatan hadapi lonjakan permintaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Julaihi Narawi pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Tangki Aras Tinggi Samarindah di Jalan Samarindah Baru, hari ini. Foto Adele Rissa

KOTA SAMARAHAN: Sarawak mempercepat pelaksanaan Sistem Grid Bekalan Air Wilayah Selatan bagi memperkukuh kestabilan bekalan air negeri yang kini berdepan peningkatan permintaan pesat, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurutnya, sistem grid itu menjadi teras utama Pelan Induk Bekalan Air Sarawak yang menghubungkan loji-loji utama di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong melalui rangkaian paip berkapasiti tinggi.

“Projek tangki di Samarindah yang melibatkan kos lebih RM40 juta merupakan sebahagian usaha memperkukuh sistem agihan air di kawasan yang pesat membangun, khususnya bagi menampung keperluan lebih 5,000 rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Bina Tangki Aras Tinggi Samarindah di Jalan Samarindah Baru, hari ini.

Jelas beliau, kawasan berkenaan masih bergantung kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang yang kini beroperasi pada kapasiti 868 juta liter sehari dan sedang dinaik taraf kepada 968 juta liter sehari.

DATO Sri Julaihi Narawi menyempurnakan gimik pecah tanah sebagai simbolik pelancaran pembinaan Tangki Aras Tinggi Samarindah di Jalan Samarindah Baru, hari ini. Foto Adele Rissa

Katanya, lonjakan permintaan air bukan sahaja berlaku untuk kegunaan domestik, tetapi turut didorong pembangunan industri baharu termasuk pusat data.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri kini memperluas pelaksanaan grid air melalui pembinaan dan naik taraf beberapa loji utama di Wilayah Selatan,” ujarnya.

Julaihi berkata semua sistem ini akan dihubungkan melalui rangkaian paip utama bagi membentuk Sistem Grid Bekalan Air Wilayah Selatan, sekali gus membolehkan bekalan disalurkan antara loji sekiranya berlaku gangguan.

“Ini bermaksud jika berlaku gangguan di satu kawasan, bekalan masih boleh disalurkan dari loji lain. Inilah konsep grid yang kita laksanakan,” katanya.

Antaranya termasuk loji baharu di Lundu, sistem bekalan air wilayah Serian, serta loji baharu di Engkilili yang sedang dibangunkan.

Menurutnya, pendekatan sama turut dilaksanakan di Wilayah Tengah dan Utara Sarawak sebagai sebahagian Pelan Induk Bekalan Air Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut mengambil kira peningkatan keperluan industri termasuk pembangunan pusat data yang memerlukan bekalan air dan tenaga lebih tinggi.

Sehubungan itu, beberapa lokasi baharu dikenal pasti bagi pembinaan loji tambahan termasuk di Sebuyau dan Muara Tuang.

Kerajaan juga memperkukuh infrastruktur elektrik di Samarahan dengan peruntukan RM150 juta bagi menaik taraf sistem penghantaran tenaga.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: APM Saratok dedah teknik CPR, rawatan tercekik dan pengendalian haiwan berbisa
Next: Tan Kai beri amaran: Jelaskan cukai taksiran atau hartanah berdepan kaveat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.