Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, lebih lima gram syabu dirampas di Kuching
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, lebih lima gram syabu dirampas di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
DADAH yang dirampas daripada suspek.

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 5.20 gram dadah disyaki syabu dalam satu operasi di Kampung Rampangi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan sekitar 3.45 petang semalam oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kedua dua suspek yang berusia 36 dan 39 tahun menemui 5.20 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM572.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan turut mendapati kedua dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya hari ini.

Alexson berkata, kedua dua suspek direman selama dua hari bermula 30 Jun hingga 1 Julai di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang undang,” katanya.

Alexson berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus komited memerangi dadah bagi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menghubungi Hotline JSJN di talian 0122087222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 0175929211.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Buruan kes tetak, suspek amuk diberkas polis di Lawas
Next: Lelaki rugi RM287,000 diperdaya pelaburan saham dalam talian tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.