Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pekerja syarikat penerbangan Thailand didakwa miliki heroin di Lapangan Terbang Melbourne
  • GLOBAL

Pekerja syarikat penerbangan Thailand didakwa miliki heroin di Lapangan Terbang Melbourne

Utusan Sarawak 1 day ago
BEG tote yang merupakan sebahagian daripada rampasan heroin di Lapangan Terbang Melbourne. Foto Polis Persekutuan Australia

MELBOURNE: Seorang pekerja syarikat penerbangan warga Thailand ditahan dan didakwa selepas pihak berkuasa Australia menemui heroin dalam bagasinya sebaik tiba di Lapangan Terbang Melbourne, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Australian Federal Police (AFP) pada Isnin, pegawai Australian Border Force (ABF) menjalankan pemeriksaan terhadap bagasi wanita warga Thailand berusia 26 tahun itu apabila pesawat antarabangsa yang dia bertugas, mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada Khamis.

Semasa pemeriksaan sinar-X terhadap beg berkenaan, pegawai mengesan kejanggalan dan kemudiannya menemui serbuk putih yang disembunyikan di dalam lapisan beg tersebut. Ujian saringan awal memberikan keputusan positif bagi dadah jenis heroin. 

AFP berkata, lebih satu kilogram heroin, yang dianggarkan bernilai A$500,000 (US$344,592) di pasaran, telah dirampas.

Wanita itu ditahan dan didakwa atas satu pertuduhan mengimport kuantiti komersial dadah terkawal di sempadan serta satu lagi pertuduhan memiliki kuantiti komersial dadah terkawal di sempadan. Kedua-dua kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara 25 tahun.

Pemangku Komander AFP, Simone Butcher, berkata agensi itu tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras individu yang menyalahgunakan pekerjaan mereka bagi menyokong kegiatan pengedaran dadah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga anggota bomba maut ketika padam kebakaran di sempadan Colorado-Utah
Next: Korea Selatan mula perkenal penentusahan wajah bagi pendaftaran telefon bimbit baharu bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.