Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga anggota bomba maut ketika padam kebakaran di sempadan Colorado-Utah
  • GLOBAL

Tiga anggota bomba maut ketika padam kebakaran di sempadan Colorado-Utah

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEBUAH helikopter menggugurkan air bagi memadam kebakaran. Foto AGENSI

SACRAMENTO (Amerika Syarikat): Tiga anggota bomba maut manakala dua lagi melecur ketika memadam kebakaran hutan di sempadan Colorado-Utah pada Sabtu, menurut Perkhidmatan Bomba Hutan AS pada Ahad.

Kejadian berlaku ketika cuaca panas, kering dan berangin menyebabkan jumlah kebakaran hutan yang masih belum dapat dikawal di seluruh negara meningkat kepada 45.

Menurut kenyataan Jabatan Dalam Negeri AS, kelima-lima anggota bomba itu terperangkap apabila api marak dengan pantas ketika memadam kebakaran Knowles dan Gore di Daerah Mesa, Colorado dalam satu insiden ‘burn over’, iaitu keadaan apabila api menyelubungi anggota bomba sehingga memaksa mereka menggunakan khemah perlindungan kecemasan.

Dua anggota yang terselamat telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat melecur.

Jabatan itu berkata kebakaran Knowles dan Gore kemudian bergabung dengan beberapa lagi kebakaran lain sehingga membentuk kebakaran lebih besar yang dikenali sebagai ‘Snyder Fire’.

Sementara itu, Gabenor Colorado Jared Polis mengisytiharkan darurat bencana pada Sabtu dan mengarahkan Pengawal Kebangsaan digerakkan bagi membantu operasi memadam kebakaran, menurut Colorado Public Radio.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 13 cedera dalam kejadian gempa bumi 5.5 skala richter di Sichuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.