Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bahagian dalaman Mitsubishi Triton musnah dalam kebakaran awal pagi di Sibu
  • KEBAKARAN

Bahagian dalaman Mitsubishi Triton musnah dalam kebakaran awal pagi di Sibu

Utusan Sarawak 11 hours ago
 ANGGOTA bomba mengawal kebakaran api pada pacuan empat roda yang terbakar di Jalan Hua Kiew awal pagi tadi. Foto PGO Bomba

SIBU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton mengalami kemusnahan sepenuhnya pada bahagian dalaman dalam kejadian kebakaran di Jalan Hua Kiew di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.14 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) pada 2.17 pagi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

“Kebakaran melibatkan bahagian dalaman kenderaan dan tidak melibatkan ruang enjin. Anggaran kemusnahan pada bahagian dalaman kenderaan adalah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air daripada tangki jentera.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 2.20 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya.

“Selepas dipastikan tiada lagi punca nyalaan, operasi ditamatkan pada 2.40 pagi dan lokasi diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Kereta musnah dalam kebakaran berhampiran jejambat Satok
Next: Lima rumah musnah dalam kebakaran di belakang Taman Arbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.