Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BKJ Academy terus cemerlang, lahirkan bakat sukan muda berpotensi
  • TEMPATAN

BKJ Academy terus cemerlang, lahirkan bakat sukan muda berpotensi

Utusan Sarawak 4 hours ago
KENANGAN… Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim merakam gambar kenangan bersama para pemain pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Anak-Anak BKJ Academy di Dewan Kampung Batu Kitang Jaya, baru-baru ini.

KUCHING: Kejayaan BKJ Academy meraih tiga kejuaraan dalam kejohanan futsal dan bola sepak baru-baru ini membuktikan usaha berterusan membangunkan bakat sukan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Batu Kitang membuahkan hasil.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim berkata, pencapaian tersebut bukan sahaja mencerminkan kemampuan para pemain muda, malah hasil disiplin tinggi, latihan berterusan serta sokongan padu daripada jurulatih dan ibu bapa.

KENANGAN… Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim merakam gambar kenangan bersama para pemain pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Anak-Anak BKJ Academy di Dewan Kampung Batu Kitang Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Anak-Anak BKJ Academy di Dewan Kampung Batu Kitang Jaya, baru-baru ini.

Pada majlis itu, BKJ Academy diraikan atas kejayaan muncul juara Futsal Bawah 12 Tahun Piala YB Dato’ Aidel Lariwoo, Juara Karnival Bola Sepak Liga Hornetz Tabuan Bawah 8 Tahun serta Juara Liga Futsal Bawah 12 Tahun anjuran SYFA Stakan.

KENANGAN… Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim merakam gambar kenangan bersama para pemain pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Anak-Anak BKJ Academy di Dewan Kampung Batu Kitang Jaya, baru-baru ini.

Menurut beliau, sukan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri generasi muda selain menjadi medium melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan berdaya saing.

“Sukan bukan sekadar mengejar kemenangan atau piala, sebaliknya membentuk nilai murni seperti disiplin, semangat berpasukan, rasa hormat, keyakinan diri dan ketabahan yang penting dalam kehidupan,” katanya.

KENANGAN… Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim merakam gambar kenangan bersama para pemain pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Anak-Anak BKJ Academy di Dewan Kampung Batu Kitang Jaya, baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan modal insan perlu diberikan perhatian sejak usia muda kerana ia merupakan pelaburan terbaik bagi masa depan negara.

Katanya, penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti sukan mampu membantu mengurangkan gejala sosial, meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kelab Sukan Rekreasi Anak-Anak Muda Kampung Batu Kitang Jaya, BKJ Academy, ibu bapa, jurulatih dan sukarelawan yang sentiasa komited memastikan pembangunan sukan akar umbi terus berkembang.

Beliau berharap BKJ Academy akan terus menjadi platform pembangunan bakat yang mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk mewakili Kuching, Sarawak dan Malaysia pada masa hadapan.

Pada masa sama, beliau menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pelbagai program pembangunan belia, sukan dan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di kawasan Batu Kitang dan Batu Kawa.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemain yang berjaya serta sesi bergambar bersama tetamu dan ahli keluarga.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak rancang penempatan semula mangsa hakisan, banjir di Kapit
Next: Institusi keluarga Islam perlu diperkukuh demi keharmonian Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.