Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua gol Gueye hidupkan semula harapan Senegal di Piala Dunia
  • SUKAN

Dua gol Gueye hidupkan semula harapan Senegal di Piala Dunia

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMAIN tengah Senegal, #26 Pape Gueye, meraikan jaringan gol keempat pasukannya bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak Kumpulan I Piala Dunia 2026 antara Senegal dan Iraq di Stadium Toronto. Foto AFP

TORONTO, Kanada: Senegal mencipta sejarah sebagai pasukan Afrika pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Piala Dunia selepas aksi cemerlang Pape Gueye menerajui kemenangan besar 5-0 ke atas 10 pemain Iraq dalam aksi terakhir Kumpulan I sebentar tadi.

Kemenangan itu turut meningkatkan peluang Senegal untuk mara ke pusingan 32 terbaik sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik. Mereka kini memiliki perbezaan jaringan terbaik dalam kalangan pasukan yang mengumpul tiga mata.

Iraq pula tersingkir tanpa sebarang mata selepas kempen mengecewakan susulan laluan sukar untuk layak ke kejohanan.

Senegal bermula garang apabila Habib Diarra menyentuh sedikit tandukan Abdoulaye Seck hasil sepakan sudut untuk gol pertamanya di peringkat antarabangsa sejak menjaringkan gol dalam aksi persahabatan menentang England tahun lalu.

Harapan Iraq yang sudah tipis semakin terjejas beberapa minit kemudian apabila pertahanan Rebin Sulaka dilayangkan kad merah selepas semakan VAR kerana mengasari Sadio Mane ketika penyerang Senegal itu memiliki peluang jelas untuk menjaringkan gol.

Kad merah itu menjadi yang paling awal daripada sembilan kad merah yang telah dilayangkan di Piala Dunia ini dan merupakan yang terpantas keempat dalam sejarah kejohanan.

Iraq gagal mencipta peluang selepas itu, manakala Senegal hanya mampu menghasilkan satu percubaan menerusi rembatan kencang Ismail Jacobs dari luar kotak penalti yang tersasar.

Memasuki separuh masa kedua, Senegal tampil lebih agresif dan akhirnya menambah jaringan pada minit ke-56 apabila Ismaila Sarr menyudahkan peluang selepas kesilapan bekas pemain Manchester United, Zidane Iqbal, menghadiahkan bola kepada Senegal.

Kemudian tiba giliran Pape Gueye mencuri tumpuan. Hanya 89 saat selepas masuk sebagai pemain gantian, pemain tengah Villarreal itu meledak rembatan lencong menakjubkan dari luar kotak penalti untuk gol ketiga Senegal pada minit ke-59.

Gueye sekali lagi mencetak gol 12 minit kemudian menerusi voli separuh badan yang deras menewaskan penjaga gol Iraq.

Senegal terus berpesta apabila Iliman Ndiaye melengkapkan kemenangan 5-0 dengan satu lagi jaringan hebat lapan minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Dembele ledak hatrik, Perancis benam Norway 4-1
Next: Jurulatih Norway pertahan keputusan rehatkan Haaland, Odegaard ketika menentang Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.