
TOKYO: Gempa bumi kuat dengan magnitud awal 5.6 menggegar Wilayah Yamanashi di tengah Jepun dan kawasan sekitarnya hari ini, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik agensi cuaca.
Gempa bumi yang berlaku pada 10.29 malam itu mencatatkan skala bawah 6 pada skala intensiti seismik tujuh Jepun di Fujikawaguchiko, Yamanashi.
Wilayah berkenaan terkenal sebagai lokasi terletaknya Gunung Fuji. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama