Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pusat tahanan migran AS digelar ‘Alligator Alcatraz’ akan ditutup
  • GLOBAL

Pusat tahanan migran AS digelar ‘Alligator Alcatraz’ akan ditutup

Utusan Sarawak 8 hours ago
PUSAT tahanan migran kontroversi ‘Alligator Alcatraz’ di Florida akan ditutup, kata Gabenor Ron DeSantis.

WASHINGTON: Pusat tahanan migran kontroversial di paya Everglades, Florida yang dikenali sebagai Alligator Alcatraz akan ditutup, kata Gabenor Ron DeSantis pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Alligator Alcatraz memenuhi peranan penubuhannya,” katanya, sambil menambah tiada lagi tahanan di sana.

“Ia telah membantu mengasingkan ramai, ramai orang berbahaya dari jalanan dan membawa mereka keluar bukan sahaja dari negeri Florida, malah Amerika Syarikat (AS).”

Kemudahan itu sememangnya bertujuan sebagai penyelesaian sementara, kata DeSantis.

Kerajaan AS mewajarkan pilihan lokasi dengan menyatakan bahawa paya yang dihuni buaya akan menghalang banduan daripada melarikan diri.

Tapak itu digunakan untuk menempatkan ribuan pendatang yang menunggu pengusiran.

Presiden AS Donald Trump secara peribadi membuka kemudahan baharu itu pada pertengahan 2025.

Nama Alligator Alcatraz yang digunakan oleh kerajaan AS adalah merujuk kepada penjara Alcatraz yang terkenal di luar pantai San Francisco.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: DNA manusia berusia 2,000 tahun ditemui di gua Sepanyol, Portugal
Next: Perdagangan daging kucing penuhi permintaan di Indochina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.