Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 188 terkorban dalam gempa bumi Venezuela, 1,520 cedera
  • GLOBAL

188 terkorban dalam gempa bumi Venezuela, 1,520 cedera

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK tempatan menunggang motosikal melintasi sebuah bangunan yang rosak susulan dua gempa bumi di Caraballeda, negeri La Guaira, kira-kira 40 kilometer (km) di timur laut Caracas, pada 25 Jun 2026. Foto AFP

CARACAS: Angka kematian akibat dua gempa bumi kuat yang melanda utara Venezuela pada Rabu meningkat kepada 188, dengan 1,520 cedera, kata Presiden Dewan Negara Jorge Rodriguez pada Khamis, lapor Xinhua.

Bercakap menerusi televisyen negara Venezuela, Rodriguez berkata negara itu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan mereka yang cedera dan terperangkap, sambil menambah bahawa angka itu akan dikemas kini dalam beberapa jam akan datang.

PENDUDUK tempatan melalui sebuah bangunan yang rosak selepas dua gempa bumi melanda Caraballeda, negeri La Guaira, kira-kira 40 kilometer (km) di timur laut Caracas, pada 25 Jun 2026. Foto AFP

Kira-kira 200 orang terperangkap di bawah runtuhan dan 157 yang lain masih hilang, katanya.

Venezuela merekodkan 138 gegaran susulan setakat tengah hari Khamis, kata Rodriguez.

SEORANG wanita melihat kemusnahan ketika orang ramai mencari di celah runtuhan bangunan yang roboh susulan dua gempa bumi di Caraballeda, negeri La Guaira, kira-kira 40 kilometer (km) di timur laut Caracas, pada 25 Jun 2026. Foto AFP

Berikutan gegaran susulan yang berterusan itu, kerajaan Venezuela mengisytiharkan beberapa kawasan termasuk negeri La Guaira sebagai zon bencana.

Sekurang-kurangnya 346 bangunan rosak, termasuk lapan hospital, beberapa daripadanya telah dikosongkan, katanya.

Rodriguez berkata pasukan penyelamat antarabangsa dari beberapa negara telah tiba di Venezuela untuk membantu operasi bantuan.

SUKARELAWAN mencari kemungkinan mangsa yang terperangkap di sebuah bangunan yang runtuh susulan dua gempa bumi di Caraballeda, negeri La Guaira, kira-kira 40 kilometer (km) di timur laut Caracas, pada 25 Jun 2026. Foto AFP

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menderma bekalan kecemasan di pusat pengumpulan di seluruh negara.

Pekerja penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat di bangunan runtuh, manakala jentera berat mula tiba di lokasi bencana ketika operasi menyelamat diteruskan.

Ramai rakyat Venezuela mula bermalam di jalanan atau di dalam kereta awal Khamis kerana gegaran susulan yang berlanjutan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pesawat pemadam kebakaran hutan di Kanada terhempas, tiga terbunuh
Next: Jepun batal 120 penerbangan susulan dua ribut tropika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.