Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan miliki dadah, positif syabu dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan miliki dadah, positif syabu dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 1 day ago

 DUA lelaki masing-masing berusia 33 dan 46 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah serta didapati positif dadah. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 46 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah serta didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Pencegahan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei berhampiran Engkilili, semalam.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Lubok Antu ketika operasi bersepadu dilaksanakan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas salah seorang suspek membawa kepada penemuan satu plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.20 gram.

Menurutnya, semakan lanjut turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.

OPERASI Bersepadu Pencegahan yang dijalankan oleh IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei berhampiran Engkilili, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

DSP Pricha berkata, operasi mingguan itu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Inspektor Nelson Ensit, dengan objektif menurunkan kadar jenayah indeks, membanteras penyalahgunaan dadah serta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 155 kenderaan dan 127 individu telah diperiksa menerusi sekatan jalan raya yang didirikan di beberapa lokasi strategik.

Selain itu, sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang.

DSP Pricha berkata, Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah akan terus dilaksanakan secara mingguan sebagai langkah proaktif bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan undang-undang di Daerah Lubok Antu sentiasa berada pada tahap terbaik.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: KPDN Sri Aman sita 8,000 liter diesel bersubsidi, siasat sindiket penyelewengan
Next: Dua lelaki ditahan, lebih dua kilogram ganja dirampas dalam serbuan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.