MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala memuji sikap penghuni Rumah Tanjong Stapang B yang telah memberi kerjasama baik dengan tuai rumah sehingga mampu menyiapkan pembinaan rumah panjang baharu mereka dengan cepat.
Beliau terharu dengan pembinaan rumah panjang berkenaan di mana menurut Gerawat pembinaan rumah panjang baharu ini adalah satu projek rumah panjang yang begitu cepat pergerakan dari mula sehingga ia hampir siap.
Katanya, semua kerja-kerja cukup sempurna dan hanya mengambil masa lebih setahun sejak mula upacara pecah tanah tahun lepas.
“Ini membuktikan kepimpinan Tuai Rumah Tanjong memang sempurna dan cergas membolehkan beliau memberi kerjasama baik dengan semua penduduk di rumah panjang tersebut,”.
“Ini juga menunjukkan bahawa kepimpinan pemimpin di rumah panjang tersebut mempunyai gayanya tersendiri dan berkerja rapat antara semua penghuni setiap bilik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ketika meninjau projek pembinaan rumah panjang baharu, Rumah Tanjong Stapang B dekat sini.
Katanya, ini lah hasil yang cukup memuaskan atas kerjasama baik dan mengatur langkah kerja dalam satu pasukan dan bersatu padu.
Dalam pada itu menurut Gerawat jika penduduk rumah panjang itu bekerjasama dengan pemimpin mereka dalam apa jua projek dilakukan nescaya ia akan dapat dilaksankan dengan lancar dan mendapat hasil yang sempurna.
Gerawat yang juga selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berharap tuai rumah panjang Stapang B ini dapat meneruskan tanggunjgawab dan memimpin penduduk kampung dengan lebih baik lagi.
Menyentuh projek bekalan air bersih di Poyut / Lubok Nibong Garawat berharap pihak kontraktor dapat menyiapkannya sebelum perayaan Gawai Dayak tahun ini.
“Ini sasaran kita dan berharap rakyat di kawasan Poyut Lubok Nibong dapat menikmatikannya sebelum Gawai Dayak,” harapan Gerawat.
Dalam perkembangan lain Gerawat merayu kepada semua rakyat di kawasan Poyut / Lubok Nibong meneruskan sokongan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila sampai masa pilihan raya negeri akan datang.
Tambahnya kerajaan GPS sentiasa berusaha dan komited untuk menolong rakyat supaya kehidupan mereka terjamin di masa akan datang.
Turut bersama dalam rombongan beliau Walikota Majlis Daerah Marudi, Kaunselor Edward Mendai, Pemanca Randie Bundan, Penghulu Hillary Tawan dan bersama yang lain.
Oleh JIKU JUGUONG