Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan GPS terus komited memperkasa pendidikan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerajaan GPS terus komited memperkasa pendidikan luar bandar

Utusan Sarawak 11 hours ago

FRIDAY Belik ketika hadir pada majlis Ngiling Tikai yang diadakan di SK Ulu Awik, Krian hari ini. Foto: ADUN Krian

KRIAN: Agenda dan komitmen berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam mempertingkatkan kualiti serta fasiliti pendidikan di seluruh negeri terus menjadi keutamaan demi keselesaan generasi masa depan.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menegaskan bahawa pembangunan sektor pendidikan luar bandar tidak pernah diabaikan, malah sentiasa diperkasakan dari semasa ke semasa menerusi pelbagai inisiatif kerajaan negeri.

​Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk projek membaik pulih prasarana di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Awik.

​Selain dana pembangunan fizikal tersebut, Friday turut mengumumkan sumbangan geran berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan bagi menyokong aktiviti tahunan mereka.

​Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ngiling Tikai yang diadakan di SK Ulu Awik, dekat sini hari ini.

FRIDAY Belik ketika hadir pada majlis Ngiling Tikai yang diadakan di SK Ulu Awik, Krian hari ini. Foto: ADUN Krian

Kehadiran beliau ke majlis perayaan tradisi berkenaan mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia merupakan kunjungan kali kedua berturut-turut bagi beliau dalam tempoh dua tahun ini.

​Dalam ucapan sama, Friday turut menzahirkan rasa kagum dan bangga melihat perubahan positif yang berlaku di sekolah berkenaan sejak setahun yang lalu.

​Menurut beliau, perubahan tersebut jelas kelihatan dari segi kerjasama erat yang ditunjukkan oleh ibu bapa, komitmen tinggi para guru, serta landskap fizikal sekolah yang kini jauh lebih kemas, bersih, dan ceria.

​”Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada Guru Besar, Saiful Kenit, yang mula melaporkan diri setahun lalu atas usaha keras beliau memimpin perubahan ini,” katanya.

​Beliau menambah, komitmen jitu yang ditunjukkan oleh seluruh warga sekolah itu amat penting bagi memastikan ekosistem pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa dapat dinikmati oleh para murid.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak komited siapkan projek bekalan air Serian mengikut jadual
Next: Dana aktiviti dan kemudahan pembelajaran sekolah pedalaman perlu diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.