Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 100 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu Imigresen di Bintulu
  • JENAYAH

100 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu Imigresen di Bintulu

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA JIM Bahagian Bintulu menjalankan pemeriksaan ke atas warga asing dalam Ops Bersepadu yang dilaksanakan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu di beberapa lokasi sekitar Bintulu, baru-baru ini. Foto JIM Sarawak.

BINTULU: Seramai 100 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Bintulu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu di lapan lokasi sekitar daerah ini.

Operasi yang melibatkan Ops Selera, Ops Gegar dan Ops Belanja itu dijalankan dari 1.00 pagi pada 21 Jun hingga 8.00 pagi pada 22 Jun, membabitkan penyertaan 27 anggota penguat kuasa daripada kedua-dua agensi.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, seramai 124 individu melibatkan warga tempatan dan warga asing telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati 100 warga asing terdiri daripada 83 lelaki, 15 wanita dan dua kanak-kanak lelaki ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Antara kesalahan yang dikesan adalah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, tidak memiliki pas atau permit yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama, serta gagal mematuhi syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM Sarawak memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan, menahan dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima positif dadah, dua ditahan terlibat judi dalam operasi polis di Lawas
Next: KPDN Sri Aman sita 8,000 liter diesel bersubsidi, siasat sindiket penyelewengan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.