Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga Indonesia ditahan dalam Ops Bersama di Serian
  • JENAYAH

Warga Indonesia ditahan dalam Ops Bersama di Serian

Utusan Sarawak 14 hours ago
PEGAWAI penguat kuasa menjalankan pemeriksaan dalam Ops Bersama di Stesen Penguat Kuasa JPJ Cawangan Serian di Lebuh Raya Pan Borneo Kuching-Serian. Foto JIM Sarawak

SERIAN: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki tinggal lebih masa di negara ini dalam Ops Bersama yang dilaksanakan di Stesen Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian, di Lebuh Raya Pan Borneo Kuching-Serian, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi itu melibatkan kerjasama JIM Sarawak, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Serian, JPJ Cawangan Serian dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

“Sepanjang operasi, seramai 109 individu diperiksa membabitkan 75 warganegara Malaysia, 33 warga Indonesia dan seorang warga India bagi mengesan pelanggaran undang-undang imigresen serta kesalahan lain di bawah bidang kuasa agensi yang terlibat.

“Hasil pemeriksaan, seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] iaitu tinggal lebih masa di Malaysia.

“Individu terbabit telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JIM Sarawak memaklumkan pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain dalam usaha memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, motosikal curi berjaya ditemui di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.