Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PNG sekat import ayam dan itik dari Australia susulan penularan varian maut selesema burung
  • GLOBAL

PNG sekat import ayam dan itik dari Australia susulan penularan varian maut selesema burung

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: REUTERS

MELBOURNE: Papua New Guinea (PNG) menyekat import ayam itik dan telur dari Australia selepas dua kes varian maut selesema burung H5N1 dikesan di Australia Barat (WA), lapor Xinhua.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia (DAFF) dalam satu notis semalam memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pertanian dan Pemeriksaan Kuarantin Kebangsaan PNG melaksanakan sekatan import terhadap semua daging ayam itik dan produk berasaskan ayam itik, termasuk telur, berkuat kuasa mulai Isnin.

DAFF menyatakan bahawa Australia masih bebas daripada influenza burung berpatogen tinggi H5N1 dalam industri ternakan ayam, selaras dengan piawaian antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia Julie Collins berkata kepada Perbadanan Penyiaran Australia hari ini bahawa Kerajaan Persekutuan sedang berhubung secara langsung dengan PNG bagi menarik balik sekatan perdagangan itu.

“Kami terus memantau dengan teliti pengesanan selesema burung H5 dalam hidupan liar dan sedang giat berusaha untuk memberikan jaminan yang diperlukan kepada rakan dagang secara lebih meluas,” katanya.

Ingham’s, pengeluar ayam itik terbesar Australia, pada Isnin mengumumkan bahawa syarikat itu akan melaksanakan sekatan penuh terhadap keseluruhan operasinya di Australia Barat bagi mengurangkan potensi risiko yang ditimbulkan oleh influenza burung.

Nilai eksport ayam Australia mencatat rekod tertinggi sebanyak A$133 juta (kira-kira AS$91.9 juta) pada tahun kewangan 2023 hingga 2024, termasuk eksport bernilai A$60 juta ke PNG. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penyelidik di Australia bangunkan AI untuk diagnosis penyakit mental
Next: Gangguan bekalan elektrik akibat gelombang haba jejas 68,000 isi rumah di Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.