Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kenaikan kos diesel belum jejaskan pelaksanaan projek pembinaan – Alex
  • SEMASA

Kenaikan kos diesel belum jejaskan pelaksanaan projek pembinaan – Alex

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO SRI Alexander Nanta Linggi bercakap selepas sesi taklimat media mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi diesel (BUDI) di sebuah hotel di sini, hari ini.

KUCHING: Kenaikan harga diesel setakat ini belum memberi kesan ketara terhadap pelaksanaan projek pembinaan di negara ini dan tidak menyebabkan projek kerajaan terpaksa dihentikan.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kebanyakan projek yang telah menerima Surat Setuju Terima (SST) masih berjalan seperti biasa walaupun berdepan peningkatan kos operasi.

Menurut beliau, kementerian sentiasa memantau perkembangan semasa serta mengadakan libat urus dengan Kementerian Kewangan bagi menilai impak kenaikan kos terhadap industri pembinaan.

“Dalam perhatian kami, kenaikan itu belum sampai ke tahap yang menyebabkan projek tidak boleh dilaksanakan atau terpaksa dihentikan,” katanya selepas sesi taklimat media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan kos yang berlaku lebih banyak melibatkan aspek logistik dan pengangkutan berbanding harga bahan binaan utama seperti simen.

Katanya, kos pengangkutan agregat dan bahan binaan lain memang meningkat, namun keadaan itu masih boleh diserap dalam ruang kontrak sedia ada.

“Buat masa ini, kita belum perlu mengambil langkah luar biasa kerana kenaikan kos tersebut masih berada pada tahap yang boleh diuruskan,” katanya.

Nanta berkata kementerian akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan projek pembangunan negara dapat diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Terlalu awal nilai semula kuota BUDI Diesel
Next: AEON Credit didenda RM520,000 kerana gagal patuhi keperluan TFS – BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.