Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan memandu dibawah pengaruh alkohol
  • JENAYAH

Lelaki ditahan memandu dibawah pengaruh alkohol

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEGAWAI trafik menjalankan pemeriksaan menggunakan alat saringan alkohol SD2+ dalam Op Mabuk di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di Jalan La Promenade.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Barry William, berkata operasi tersebut dijalankan bermula pada 11.30 malam semalam hingga 4.00 pagi tadi melibatkan seorang pegawai kanan polis dan tujuh anggota trafik.

Menurutnya, sebanyak 85 kenderaan dan 88 individu telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Pemeriksaan menggunakan alat saringan awal alkohol jenis SD2+ telah dijalankan ke atas dua individu. Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun didapati positif alkohol, manakala seorang lagi disahkan negatif,” katanya hari ini.

OP Mabuk dijalankan di sekitar kawasan Jalan La Promenade semalam hingga awal pagi tadi.

Barry berkata alat SD2+ digunakan sebagai peranti saringan awal untuk mengesan kehadiran alkohol dalam badan pemandu dengan cepat sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau mengingatkan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000.

Dalam operasi sama, polis turut mengeluarkan 27 saman trafik atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Barry berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah curi sawit milik SALCRA, seorang buruh ditahan bersama 39 tandan selepas cuba melarikan diri
Next: Polis tumpas geng samun Asajaya, empat suspek ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.