Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak rekod rampasan RM15.14 juta, 39 tangkapan menerusi Ops Taring
  • JENAYAH

PGA Sarawak rekod rampasan RM15.14 juta, 39 tangkapan menerusi Ops Taring

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERBUAN yang dijalankan oleh PGA di lokasi yang berbeza.

KUCHING: Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merekodkan 26 kejayaan operasi menerusi Op Taring Alpha, Op Taring Bravo, Op Taring Batas/Awas, Op Taring Chiller, Op Taring Delta dan Op Taring Libas yang dilaksanakan di seluruh Sarawak antara 1 hingga 22 Jun, dengan jumlah rampasan bernilai RM15.14 juta serta 39 tangkapan.

Komander Briged PGA Sarawak, SAC Lim Bak Phai, berkata kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan pasukannya dalam membanteras aktiviti penyeludupan, penyelewengan barang kawalan, pembalakan tanpa permit serta pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan di negeri ini.

Beliau berkata antara kejayaan utama yang direkodkan termasuk rampasan produk sejuk beku tanpa permit sah, penyelewengan minyak diesel, rokok dan minuman keras tidak bercukai serta kes pembalakan tanpa permit menerusi pelaksanaan Op Taring di seluruh Sarawak.

“Antara kes yang menonjol ialah rampasan produk sejuk beku tanpa permit sah di sekitar Kuching dan Saratok dengan nilai rampasan melebihi RM1 juta bagi setiap kes,” katanya hari ini.

Menurut beliau, operasi turut berjaya menumpaskan beberapa kegiatan penyelewengan minyak diesel di Samarahan, Sri Aman dan Bintulu yang melibatkan rampasan 45,770 liter diesel, tangki skid, tangki IBC, peralatan pemindahan minyak, kenderaan serta jentera yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

Menerusi Op Taring Alpha, serbuan di Sarikei dan Padawan membawa kepada rampasan pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang belum dijelaskan cukai Kastam.

SAC Lim Bak Phai.

Sementara itu, Op Taring Batas/Awas berjaya mengesan cubaan menyeludup produk daging sejuk beku tanpa permit sah di Daerah Bau.

Operasi berkenaan turut merekodkan rampasan jentera dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pembalakan tanpa permit dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM5.93 juta.

Beliau berkata semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Hutan serta Polis Diraja Malaysia untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Tambah beliau, Briged PGA Sarawak akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara agresif, berterusan dan bersepadu tanpa kompromi bagi membanteras penyeludupan, penyelewengan barang kawalan, pembalakan tanpa permit serta jenayah rentas sempadan demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki dipenjara selepas rempuh sekatan jalan raya dan cederakan pegawai polis di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.