Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 3,750 benih karang generasi pertama ditanam di Sarawak
  • SEMASA

3,750 benih karang generasi pertama ditanam di Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
INISIATIF pemuliharaan marin diteruskan melalui penanaman benih karang di Terumbu Layang-Layang, Sarawak oleh Jabatan Perikanan (DOF). Foto: Jabatan Perikanan (DOF) Malaysia

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan (DOF) menanam 3,750 benih karang generasi pertama di kawasan Terumbu Layang-Layang, Sarawak, yang meliputi kawasan seluas 5,000 meter persegi, sempena sambutan Minggu Laut Sedunia 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pemulihan ekosistem marin negara.

Ketua Pengarah DOF, Dato Adnan Hussain, berkata bagi menyokong usaha pemulihan habitat marin, sebanyak 600 unit nubin karang turut dipasang di Pulau Redang bagi membantu proses pemulihan kawasan terumbu karang yang terjejas.

“Usaha pemuliharaan marin memerlukan komitmen berterusan serta kerjasama pelbagai pihak memandangkan ekosistem laut memainkan peranan penting dalam menyokong sumber perikanan, kesejahteraan komuniti pesisir serta keseimbangan alam sekitar.

“Program yang dilaksanakan sempena Minggu Laut Sedunia ini menjadi platform untuk memperkukuh pelbagai inisiatif pemuliharaan yang sedang dilaksanakan oleh DOF bersama rakan strategik dan komuniti setempat. Setiap usaha yang dilaksanakan, sama ada dalam aspek pemulihan habitat, perlindungan spesies marin mahupun peningkatan kesedaran awam, merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan bagi memastikan kelestarian sumber dan ekosistem marin negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata DOF turut meneruskan pelaksanaan Projek Benteng Biru melalui pemasangan 1,600 meter boya zon pemuliharaan ekosistem serta 37 unit boya penambat bot di Pulau Perhentian bagi melindungi kawasan marin sensitif daripada kerosakan fizikal.

“Dalam aspek konservasi spesies marin terancam, sebanyak 790 anak penyu termasuk penyu karah telah dilepaskan ke habitat semula jadi di Terengganu, Johor dan Melaka. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong pemuliharaan spesies marin yang dilindungi serta meningkatkan kelestarian populasi penyu di perairan negara,” katanya.

Adnan berkata pelbagai program pemuliharaan marin dilaksanakan sepanjang Minggu Laut Sedunia 2026 dengan kerjasama agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti setempat bagi memastikan sumber perikanan serta ekosistem marin negara terus terpelihara dan diurus secara mampan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PDRM siasat dakwaan penglibatan anggota dalam video tular di China – KPN
Next: Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu bukti integriti kewangan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.