Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • FWTA perlu seimbangkan autonomi imigresen, kelestarian perniagaan
  • TEMPATAN

FWTA perlu seimbangkan autonomi imigresen, kelestarian perniagaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
WILFRED Yap menegaskan FWTA perlu dilaksanakan secara seimbang bagi memastikan autonomi imigresen Sarawak dan kepentingan industri dapat dipelihara.

KUCHING: Pendekatan Transformasi Pekerja Asing Sarawak (FWTA) perlu mengekalkan keseimbangan antara autonomi imigresen negeri dan kelestarian perniagaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Beliau berkata FWTA merupakan manifestasi hak perlembagaan dan autonomi imigresen Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang membolehkan negeri ini mengawal perancangan tenaga kerja serta memenuhi keperluan buruh dalam sektor utama seperti pembinaan, perladangan, pembalakan, pembuatan dan perkhidmatan.

“Sebarang perbincangan mengenai FWTA mesti mengiktiraf kepentingan mengekalkan kuasa Sarawak dalam perkara yang memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yap berkata autonomi tersebut perlu disertai dengan kepekaan terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh pemain industri, kontraktor, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta persatuan perniagaan.

Menurut beliau, walaupun ramai pihak mengakui sistem FWTA telah mempercepatkan proses permohonan pekerja asing, masih terdapat kebimbangan mengenai kos pematuhan, perbelanjaan pembaharuan tahunan serta caj pentadbiran tambahan, termasuk yang berkaitan dengan saringan kesihatan.

“Perniagaan tidak menolak autonomi Sarawak. Mereka hanya mahukan sistem yang cekap, telus dan mampu ditanggung,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan, termasuk mengkaji semula struktur fi pembaharuan, menilai caj yang berpotensi menyebabkan pertindihan kos, menyediakan bantuan atau rebat khusus kepada PKS dan kontraktor tempatan serta memastikan hasil kutipan fi digunakan untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan daya saing industri.

Yap turut mengalu-alukan langkah kerajaan Sarawak untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan dan meneliti kebimbangan yang dibangkitkan, sambil menyifatkannya sebagai bukti komitmen kerajaan yang bersedia mendengar pandangan rakyat.

“Matlamatnya bukan memilih antara autonomi imigresen dan kelestarian perniagaan. Kita boleh dan mesti mencapai kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata penglibatan berterusan dengan majikan, pekerja, persatuan industri dan masyarakat amat penting bagi menambah baik dasar sedia ada serta memastikan Sarawak kekal berdaya saing dan terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Utusan Sarawak dipilih rakan media rasmi CCIBW 2026
Next: Reformasi subsidi diesel perlu ambil kira realiti Sarawak — Eric Tay

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.