Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki dipenjara selepas rempuh sekatan jalan raya dan cederakan pegawai polis di Kuching
  • JENAYAH

Lelaki dipenjara selepas rempuh sekatan jalan raya dan cederakan pegawai polis di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK ditahan dan kereta turut dirampas.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas merempuh sekatan jalan raya polis dan mencederakan seorang pegawai kanan polis dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Padungan, awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku kira-kira  2.40 pagi pada Jumaat apabila suspek bertindak merempuh sekatan jalan raya sebelum melanggar seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) yang sedang bertugas.

“Pegawai terbabit mengalami kecederaan pada bahagian pinggang serta luka pada siku kanan dan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian, namun berjaya dikesan dan ditahan kira-kira 7.00 pagi pada hari yang sama di Jalan Bintara, Samariang.

Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamine dan benzodiazepine.

“Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan,” katanya.

SEORANG pegawai polis cedera selepas dirempuh suspek yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Padungan, Kuching, awal pagi Jumaat lalu.

Suspek didakwa di Mahkamah Kuching semalam di bawah Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Selain itu, suspek turut dijatuhi hukuman penjara setahun di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas, serta sembilan bulan penjara di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata suspek juga akan didakwa di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sehubungan itu, Alexson menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ketika melalui sekatan jalan raya dan tidak memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana tindakan sedemikian boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Suami cedera ditikam, isteri 31 tahun ditahan polis di Kota Samarahan
Next: PGA Sarawak rekod rampasan RM15.14 juta, 39 tangkapan menerusi Ops Taring

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.