Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia Airlines, Singapore Airlines lancar produk tambang bersama
  • NASIONAL

Malaysia Airlines, Singapore Airlines lancar produk tambang bersama

Utusan Sarawak 8 hours ago
MALAYSIA Airlines.

SINGAPURA: Malaysia Airlines (MAB) dan Singapore Airlines (SIA) hari ini memperkenalkan produk tambang bersama bagi perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur susulan kerjasama strategik perniagaan bersama yang dimeterai pada Januari 2026.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat penerbangan itu menjelaskan tawaran tersebut dibangunkan berasaskan kerjasama perkongsian kod sedia ada seterusnya membolehkan MAB dan SIA menawarkan lebih banyak pilihan tambang kepada pelanggan.

Usaha itu juga akan meningkatkan kesalinghubungan dalam seluruh rangkaian gabungan kedua-dua syarikat penerbangan, tambahnya.

“MAB dan SIA turut berusaha ke arah pengenalan pelbagai manfaat tambahan secara berperingkat kepada pelanggan, termasuk akses lounge secara timbal balik, jadual penerbangan terselaras serta pengaturan perjalanan korporat secara bersama.

“Inisiatif ini mencerminkan kerjasama komersial yang semakin erat antara kedua-dua syarikat penerbangan serta komitmen bersama untuk menambah baik kesalinghubungan antara Malaysia, Singapura dan rantau ini secara keseluruhannya,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (Perniagaan Penerbangan) Malaysia Aviation Group, Bryan Foong berkata, kerjasama perniagaan bersama itu merupakan satu pencapaian penting dalam perluasan kerjasama komersial pihaknya.

“Menerusi langkah memperkenalkan produk tambang bersama itu, kami menawarkan lebih banyak pilihan, fleksibiliti yang lebih baik serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada pelanggan kami.

“Kerjasama ini juga menjadi asas kepada penyepaduan yang lebih kukuh bagi seluruh rangkaian kami, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pelancong percutian dan pelancong perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial SIA, Lee Lik Hsin berkata, kedua-dua syarikat penerbangan akan terus menggabungkan kelebihan masing-masing bagi meningkatkan tawaran penerbangan dan memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan.

“Di samping itu memperkukuh hubungan rakyat antara kedua-dua negara serta hubungan perdagangan yang telah lama terjalin antara Singapura dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pengenalan produk tambang bersama dengan Malaysia Airlines menambah pilihan tambang yang tersedia kepada pelanggan yang melakukan perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur, sekali gus menawarkan lebih fleksibiliti dan lebih mudah dalam merancang perjalanan mereka. – Bernama 

Continue Reading

Previous: AirAsia X terbuka teroka peluang penerbangan di Turkmenistan, Rusia
Next: Kuota BUDI95 kekal, kerajaan pantau situasi Asia Barat sebelum pertimbang kembalikan 300 liter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.