Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bandar kecil di Argentina dirikan patung gergasi Lionel Messi
  • SUKAN

Bandar kecil di Argentina dirikan patung gergasi Lionel Messi

Utusan Sarawak 8 hours ago
PATUNG gergasi Lionel Messi. Foto instagram leomessifanzone_

BUENOS AIRES: Sebuah bandar kecil di Patagonia melancarkan patung gergasi yang didedikasikan buat wira bola sepak Argentina, Lionel Messi, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Monumen di Cutral Có, di wilayah Neuquén itu menggambarkan Messi berlutut dalam jersi Argentina dengan mengangkat buku lima dan replika trofi Piala Dunia 2022.

Direka oleh artis tempatan Aldo Beroisa, struktur itu setinggi 26 meter dan seberat 70 tan.

PATUNG gergasi Lionel Messi. Foto instagram leomessifanzone_

Pekan tersebut, yang mempunyai populasi 35,000, menganjurkan acara tontonan umum di monumen berkenaan menjelang perlawanan kedua kumpulan juara bertahan itu menentang Austria di Dallas pada Isnin.

Messi dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat dunia, dan hatriknya menentang Algeria membawanya dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang Piala Dunia bersama pemain Jerman Miroslav Klose dengan 16 gol.

Kini berusia 38 tahun, bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu memainkan peranan penting dalam kempen Argentina yang memenangi trofi kejohanan di Qatar, menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir menentang Perancis.

PATUNG gergasi Lionel Messi. Foto instagram leomessifanzone_

Cutral Co ialah pusat penting bagi industri minyak dan petrokimia di utara Patagonia dan dilaporkan berharap dapat menarik pelancong dengan patung yang menakjubkan itu. 

Ia bukan satu-satunya monumen gergasi yang didirikan untuk Messi. 

Baru-baru ini dilaporkan sebuah patung setinggi 21 meter yang didedikasikan untuk penyerang legenda itu di Kolkata, India, terpaksa diturunkan semula atas sebab keselamatan.

Menurut media tempatan, karya seni itu, yang didirikan sempena lawatan Messi ke India pada Disember, bergoyang ditiup angin dan terpaksa diikat dengan tali. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Messi tidak dimamah usia, rekod jaringan Piala Dunia dalam genggaman
Next: Jurulatih Austria Rangnick mahu kejutkan Argentina di sebalik faktor Messi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.