Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Tidur, gen dikaitkan dengan perubahan otak dalam penyakit Alzheimer – Kajian
  • KESIHATAN

Tidur, gen dikaitkan dengan perubahan otak dalam penyakit Alzheimer – Kajian

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIDUR, gen dikaitkan dengan perubahan otak dalam penyakit Alzheimer. Foto hiasan.

SYDNEY: Penyelidik di Australia mendapati interaksi antara tabiat tidur dan gen tertentu mungkin mempengaruhi perubahan awal otak dan kognitif yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer, lama sebelum gejala muncul, lapor Xinhua.

Kajian berkenaan, diketuai Centre for Precision Health (CPH) Universiti Edith Cowan (ECU) Australia, memfokuskan pada gen aquaporin-4 (AQP4), yang membantu mengawal pergerakan bendalir melalui otak, menurut kenyataan ECU yang dikeluarkan pada Isnin.

Proses itu menyokong sistem pembersihan sisa semalaman otak, yang membantu mengeluarkan protein dikaitkan dengan Alzheimer, menurut kajian yang diterbitkan dalam ‘Alzheimer & Dementia di Amerika Syarikat’.

Penyelidik menganalisis 13 varian gen AQP4 biasa bersama corak tidur yang dilaporkan sendiri, pengimejan otak dan prestasi kognitif.

Mereka mendapati individu yang membawa varian tertentu mengalami kehilangan jirim kelabu yang lebih cepat apabila melaporkan tempoh tidur yang lebih pendek.

Individu lain yang mengambil masa lebih lama untuk tertidur menunjukkan perubahan struktur otak yang dikaitkan dengan pengurangan volum otak.

“Varian yang sama boleh kelihatan melindungi atau memudaratkan bergantung pada cara seseorang tidur. Itu penting, kerana tidur adalah salah satu daripada beberapa faktor yang boleh diubah suai orang menerusi tindakan,” kata penyelidik CPH Ayeisha Milligan Armstrong, penulis bersama kajian itu.

Penyelidikan juga mengenal pasti perbezaan dalam prestasi kognitif dari semasa ke semasa dalam kalangan peserta yang mengalami gangguan tidur, dengan hasil yang berbeza-beza bergantung pada varian AQP4 yang dibawa.

Pengarang bersama Tenielle Porter dari CPH menambah, hasilnya menyokong pendekatan yang lebih disasarkan dan diperibadikan untuk pencegahan Alzheimer, walaupun pengesahan lanjut dalam kohort yang lebih besar dan lebih pelbagai diperlukan.

Kajian itu memerlukan ujian klinikal bermaklumat genetik untuk menguji sama ada mengubah corak tidur boleh mengurangkan risiko genetik dan mengubah dapatan otak jangka panjang yang berkaitan penyakit Alzheimer. – Bernama

Continue Reading

Previous: Yoga bantu penuaan secara sihat dari usia muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.