Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama FDS dan Cahya Mata tanam lebih 7,500 pokok di Hutan Simpan Sabal
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerjasama FDS dan Cahya Mata tanam lebih 7,500 pokok di Hutan Simpan Sabal

Utusan Sarawak 12 hours ago
PESERTA bergambar kenangan semasa siri ketiga Program Penanaman Pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan, hari ini.

SIMUNJAN: Kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak (FDS) dan Cahya Mata Sarawak (Cahya Mata) berjaya merekodkan penanaman kumulatif sebanyak 7,507 anak pokok spesies tempatan di Hutan Simpan Sabal setakat tahun ini menerusi siri ketiga Program Penanaman Pokok yang berlangsung hari ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan 175 peserta daripada pelbagai agensi, institusi pendidikan dan komuniti setempat dengan sebanyak 2,507 anak pokok spesies bernilai tinggi seperti meranti, kapur, engkabang jantong, lun dan selangan batu ditanam di kawasan hutan simpan berkenaan.

Aktiviti penanaman itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan memulihkan kawasan hutan terosot serta memperkukuh inisiatif Pemulihan Landskap Hutan (FLR) di Sarawak.

Menurut FDS, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam menyokong Kempen Menghijaukan Sarawak di samping menyumbang kepada usaha pemulihan hutan dan pemuliharaan biodiversiti secara jangka panjang.

Program berkenaan turut disertai wakil daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan serta penduduk setempat.

ANTARA peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman anak pokok spesies tempatan di plot Hutan Simpan Sabal.

Selain memulihkan landskap hutan yang terjejas, program itu turut menjadi platform meningkatkan kesedaran alam sekitar, menggalakkan penyertaan komuniti serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, sektor swasta dan masyarakat dalam menjayakan inisiatif kelestarian.

Pelaksanaan program seumpama itu dilihat penting bagi memastikan kesihatan dan daya tahan ekosistem hutan Sarawak terus terpelihara demi manfaat generasi akan datang.

Continue Reading

Previous: Lawatan turun padang perkukuh agenda pembangunan luar bandar
Next: Operasi SAR digerakkan kesan lelaki hilang di kebun sawit Empayang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.