Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Adira, Anggrek juara Talk To My Manager Musim 2
  • HIBURAN

Adira, Anggrek juara Talk To My Manager Musim 2

Utusan Sarawak 16 hours ago
BINTANG Talk To My Manager 2 (TTMM2), Adira Suhaimi (dua, kiri) dan anaknya Anggerik (tiga, kiri) bergambar bersama trofi dan hadiah yang dimenangi mereka selepas dinobatkan sebagai juara Talk To My Manager 2 (TTMM2) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi. Anggrek dan Adira berjaya menewaskan empat pasangan lain pada pentas akhir TTMM2, sekali gus membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta pelbagai hadiah iringan. Foto Bernama

SHAH ALAM: Penyanyi popular Adira Suhaimi dan anak sulungnya Anggrek Adenan, muncul juara program realiti Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) pada pentas akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan yang bertindak sebagai pengurus dan peserta tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, emas, pakej penginapan, rakaman single dan trofi.

Adira berkata penyertaannya dalam program itu bukan untuk mengejar gelaran juara, sebaliknya memberi peluang kepada anak perempuannya yang berusia sembilan tahun menimba pengalaman serta pendedahan dalam industri hiburan.

Beliau berkata konsep pertandingan yang menilai bukan sahaja vokal, tetapi juga aspek persembahan dan peranan pengurus menjadi faktor utama beliau bersetuju menyertai program berkenaan.

PESERTA Talk To My Manager 2 (TTMM2) Anggerik (tiga, kanan) bersama penyanyi jemputan Aisha Retno (kiri) melakukan persembahan pada konsert akhir TTMM2 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi. Foto Bernama

“Alhamdulillah, saya tidak pernah terfikir kami akan menang dan tetap berpegang pada tujuan asal untuk Anggrek belajar serta mendapatkan pendedahan. Semua ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka buat Anggrek dan saya berterima kasih kepada semua yang menyokong serta memberi komen sepanjang pertandingan ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas konsert akhir itu.

Adira menyifatkan Anggrek sebagai peserta yang cekal dan sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang pertandingan.

Beliau berkata pemilihan lagu yang mencabar adalah bagi menguji kemampuan Anggrek serta membina keyakinan diri anaknya itu.

“Ramai yang mengatakan lagu yang saya pilih terlalu sukar untuk usianya, tetapi saya percaya jika kita tidak mencabarnya, kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuannya. Anggrek ini seorang anak yang kuat dan sentiasa mahu mencuba perkara baharu,” katanya.

Pada konsert akhir itu, Anggrek mempersembahkan lagu Aku Stacy secara solo dan berduet dengan Aisha Retno mendendangkan lagu Sutera.

BARISAN peserta akhir Talk To My Manager 2 (TTMM2) (dari kiri) Cik B, Anggerik, Hussain, Kim Khairii dan Azeeva membuat persembahan pembukaan pada konsert akhir TTMM2 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi. Foto Bernama

Tempat kedua dimenangi Hussain bersama-sama dengan pengurusnya Jamilulhayat yang juga penyanyi era 1980-an, manakala tempat ketiga menjadi milik usahawan Datuk Seri Vida dan anaknya Cik B.

Penerbit Datuk A. Aida dan anak keduanya Azeva, menduduki tempat keempat manakala Safura dan Kim Khairii di tempat kelima.

Dalam pada itu, anugerah Manager Paling Perform dimenangi pasangan Jamilulhayat dan Husain, manakala Adira dan Anggrek turut menerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie berserta hadiah wang tunai RM10,000.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pelakon ‘Breaking Bad’ Giancarlo Esposito peluk Islam di Arab Saudi
Next: “Toy Story 5” raih AS$312 juta pada minggu pertama tayangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.