COLOMBO: Sejumlah 14 orang terkorban manakala lebih 30 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang terhumban ke cenuram di Sri Lanka pada Sabtu.
Lima daripada mangsa yang terbunuh ialah wanita.
Turut terkorban dalam kejadian di Passara itu ialah pemandu bas berkenaan, lapor AFP.
Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati punca nahas adalah akibat kecuaian pemandu bas tersebut.
Bas milik syarikat swasta itu dikatakan sedang menelusuri kawasan berbukit bukau apabila ia terbabas ketika cuba mengelak sebuah trak di sebuah laluan sempit.
Media tempatan melaporkan lebih 70 penumpang berada di dalam bas itu ketika kejadian.
Kemalangan ini dikatakan paling dahsyat pernah berlaku sejak 16 tahun lalu di negara itu.-AFP