
KUCHING: Upacara Miring sempena sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 berlangsung penuh adat dan tradisi sebagai pembuka tirai Perarakan Niti Daun 2026, di Kompleks Beli-Belah Tun Jugah di sini, petang ini.
Upacara berkenaan yang menjadi antara adat terpenting dalam masyarakat Iban itu disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sejurus ketibaan beliau pada kira-kira 1.00 petang.

Ia dilaksanakan sebagai tanda penghormatan kepada Petara serta sebagai simbolik memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan sepanjang penganjuran sambutan Gawai Dayak peringkat negeri tahun ini.’
Upacara berkenaan turut mencerminkan kesinambungan warisan budaya masyarakat Dayak yang masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini, khususnya dalam acara rasmi dan kebudayaan di Sarawak.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Agong dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.
Majlis Miring itu menjadi antara pengisian utama sebelum bermulanya Perarakan Niti Daun 2026 yang menghimpunkan penyertaan 114 kontinjen dari seluruh negeri.
Oleh Norman B